Mesingan Ringan Model 99

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mesingan Ringan Model 99
Mesingan Ringan Model 99
JenisMesingan ringan
Tempat asal Jepun
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1939–1945
Digunakan oleh Tentera Imperial Jepun
PerangPerang China-Jepun Kedua,
Perang Dunia Kedua,
Perang Korea,
Perang Saudara China,
Perang Vietnam
Sejarah pengeluaran
PerekaKijiro Nambu
Direka1939
Dihasilkan1939–1945
Jumlah dibina53,000
Spesifikasi
Berat10.4 kg (23 lbs)
Panjang1181 mm (46.5 in)
Panjang laras550 mm (21.7 in)

Kartrij7.7×58mm Arisaka
AksiGas-operated
Kadar tembakan700 tembakan seminit
Halaju muncung730 m/s (2,400 ft/s)
Sistem suapan30 biji kelopak peluru boleh tanggal

Mesingan Ringan Model 99 7.7 mm (0.3 inci) merupakan senjata buatan Jepun yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.

Sebagaimana rifle Arisaka, ia menjadi jelas selepas Perang Cina-Jepun bahawa peluru kaliber 6.5 mm (0.25) yang digunakan bagi mesingan ketika itu tidak lagi memenuhi keperluan pihak tentera. Mesingan Ringan Model 96 yang diperkenalkan sejurus sebelum perperangan ini sudahpun dianggap lapuk. Tambahan lagi, katrij senjata ini perlu dilumur minyak gris bagi memastikan ia beroperasi dengan lancar.

Pada tahun 1937 mesingan baru yang dikenali sebagai Mesingan Ringan Model 99 dengan kaliber 7.7 mm (0.3 inci) diperkenalkan. Sungguhpun mesingan ringan Model 99 diistihar sebagai senjata piwaian ia tidak pernah dihasilkan dalam bilangan yang mencukupi bagi kegunaan semua tentera. Dengan itu, mesingan model terdahulu kekal digunakan sehingga perang berakhir.

Mesingan Ringan Model 99 kelihatannya ditiru dari Mesingan Czech ZB 1926 dan sama sepertinya, ia boleh diharap dan tepat dan amat diminati oleh tentera yang menggunakannya. Sejumlah 10,000 unit mesingan ini dipercayai telah dihasilkan sehingga 1945.


Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bishop, Chris (eds) (1998). The Encyclopedia of Weapons of World War II. Barnes & Nobel. ISBN 0-7607-1022-8.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Mayer, S.L. (1984). The Rise and Fall of Imperial Japan. The Military Press. ISBN 0-517-42313-8.
  • Morse, D.R. (1996). Japanese Small Arms of WW2; Light Machine Guns Models 11, 96, 99 97 & 92. Firing Pin Enterprizes. ASIN: B000KFVGSU.
  • Popenker, Maxim (2008). Machine Gun: The Development of the Machine Gun from the Nineteenth Century to the Present Day. Crowood. ISBN 1-84797-030-3.
  • Rottman, Gordon L. (2005). Japanese Infantryman 1937-1945. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-818-9.
  • US Department of War (1994). Handbook on Japanese Military Forces, TM-E 30-480 (1945) (ed. reprint). Louisiana State University Press. ISBN 0-8071-2013-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]