Mesingan berat Type 92

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Type 92
Mesingan berat Type 92
JenisMesingan berat
Tempat asal Empayar Jepun
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1932–1950s
Digunakan oleh Empayar Jepun
others
PerangPerang China-Jepun Kedua,
Perang Dunia Kedua,
Perang Korea,
Perang Saudara China
Sejarah pengeluaran
PerekaKijiro Nambu
Direka1932
Dihasilkan1932–1941
Jumlah dibina45,000
Spesifikasi
Berat55.3 kg (122 lb) w/ tripod
Panjang1,156 mm (3 ka 9.5 in)
Panjang laras721 mm (2 ka 4.4 in)

Kartrij7.7×58 mm Type 92
Kaliber7.7 mm
AksiGas-operated
Kadar tembakan400–450 rounds per min.
Halaju muncung800 m/s (2,600 ft/s)
Jarak tembakan efektif800 m (870 yd)
Sistem suapan30-round Hotchkiss-type metal strip

Mesingan Berat Model 92 dengan kaliber 7.7 mm (0.3 inci) adalah senjata keluaran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Mesingan Berat Model 92 memiliki kaliber 7.7 mm dengan katrij 7.7 mm X 2.28 inci. Ia memiliki pecutan laras 2,396 kaki sesaat. Ia memiliki kadar tembakan 450 seminit dengan muatan kelopak 30 biji peluru. Beratnya dengan kaki tiga adalah 121.9 paun. Julat operasinya adalah 1,094 ela.

Mesingan Berat Model 92 adalah serupa dengan mesingan Taisho 3 Model 1914 kecuali kalibernya yang 7.7 mm (0.3 inci), dan bukannya 6.5 mm (0.75 inci). Luaran senjata ini mudah dikenali dengan tetulang penyejuk besar pada laras, sungguhpun ia masih tidak mampu membuat tembakan secara berterusan. Satu lagi kelemahannya adalah beratnya yang menyukarkan perubahan kedudukan menembak. Selain itu katrij peluru perlu dilumur gris sebelum dimasukkan dan kerosakan mungkin berlaku sekiranya ini tidak dilakukan dengan cermat. Sungguhpun begitu, mesingan berat Model 92 merupakan mesingan yang paling meluas digunakan oleh tentera Jepun antara 1941 dan 1945. Pasukan Berikat mengelarkannya sebagai "Belatuk" kerana ton tersekat-sekatnya ketika menembak. Ia juga boleh digunakan sebagai senjata anti-pesawat terbang rendah.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Daugherty III, Leo J. Fighting Techniques of a Japanese Infantryman 1941-1945. ISBN 1-86227-162-3.
  • Nakanishi, Ritta (1998). Japanese Infantry Arms in World War II. Dainipponkaiga.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]