Mesoclemmys dahli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mesoclemmys dahli
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Chelidae
Genus: Mesoclemmys
Spesies:
M. dahli
Nama binomial
Mesoclemmys dahli
(Zangerl & Medem, 1958)[2]
Sinonim[1][6]
  • Phrynops (Batrachemys) dahli Zangerl & Medem, 1958[2]
  • Batrachemys dahli
    — Zangerl & Medem, 1958 (recombination)[3]
  • Phrynops nasutus dahli
    — Zangerl & Medem, 1958 (recombination)[4]
  • Mesoclemmys dahli
    — Zangerl & Medem, 1958 (recombination)[5]

Mesoclemmys dahli juga dikenali sebagai Kura-kura Kepala Katak Dahli ialah kura-kura bersaiz sederhana dari keluarga Chelidae. Kura-kura ini berasal dari kawasan berair yang terletak di utara Colombia.[7]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama dahli, diletakkan sebagai penghargaan kepada pakar Iktiologi Colombia-Sweden, George Dahl (1905-1979), yang gemar mengumpul pelbagai spesimen biologi.[8]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Mempunyai karapas bujur, berwarna zaitun coklat dan bersaiz 22.9cm[7]) bahagian belakangnya lebar dan sedikit bergerigi. Walaupun belakangnya kelihatan rata, sisinya agak terjungkit. Terdapat jungkir sederhana bentuknya pada kura-kura kecil atau dewasa.

Kariotipnya ialah 2n = 58: 22 makrokhromosom, 36 mikrokhromosom (Bull and Legler, 1980).[9]

Kura-kura jantan memiliki ekor yang panjang, tebal dengan kepala yang tirus. Kepala kura-kura betina pula lebih besar .

Taburan[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini boleh dijumpai di Atlántico, Bolívar, Córdoba dan Sucre di utara Colombia.[7]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Medem (1966)[10] menyatakan habitat haiwan ini merangkumi kolam, dan kawasan berair di dalam hutan.

Kitaran hidup[sunting | sunting sumber]

Medem (1966)[10] melaporkan yang musim mengawan haiwan ini di Colombia bermula pada Jun dan Julai dengan sarang untuk bertelur mula dibina pada bulan September dan Oktober. Satu hingga enam biji telur dihasilkan sekali sarang. Telurnya berwarna putih, bujur (29-35 x 23–28 mm) rapuh, dan anak kura-kuranya hanya bersaiz sekitar 28–30mm panjang. Mesoclemmys dahli biasanya bersifat maging, menjadikan siput, serangga akuatik, invertebrata air, ikan, dan amfibia; sebagai makanan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Turtle Taxonomy Working Group [van Dijk, P.P., Iverson, J.B., Rhodin, A.G.J., Shaffer, H.B., and Bour, R.]. 2014. Turtles of the world, 7th edition: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution with maps, and conservation status. In: Rhodin, A.G.J., Pritchard, P.C.H., van Dijk, P.P., Saumure, R.A., Buhlmann, K.A., Iverson, J.B., and Mittermeier, R.A. (Eds.). Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs 5(7):000.329–479, doi:10.3854/ crm.5.000.checklist.v7.2014.
  2. ^ a b Zangerl, R., and F. Medem. 1958. A new species of chelid turtle, Phrynops (Batrachemys) dahli, from Colombia. Bull. Mus. Comp. Zool. Harvard 119: 375-390.
  3. ^ Wermuth, H., and R. Mertens. 1961. Schildkröten, Krokodile, Brückenechsen. Jena, Germany: Gustav Fischer Verlag. 422 pp.
  4. ^ Wermuth, H., and R. Mertens. 1977. "Liste der rezenten Amphibien und Reptilien. Testudines, Crocodylia, Rhynchocephalia ". Das Tierreich (Berlin) 100: 1-174.
  5. ^ Bour, R., and Zaher, H. 2005. A new species of Mesoclemmys, from the open formations of northeastern Brazil (Chelonii, Chelidae). Papeis Avulsos de Zoologia 45: 295–311.
  6. ^ Templat:Fritz07
  7. ^ a b c Forero-Medina, G., Castaño-Mora, O.V., Cárdenas-Arevalo, G., and Medina-Rangel, G.F. 2013. Mesoclemmys dahli (Zangerl and Medem 1958) – Dahl’s Toad-Headed Turtle, Carranchina, Tortuga Montañera. Chelonian Research Monographs (5): 069.1–069.8. doi:10.3854/crm.5.069.dahli. v1.2013, [1].
  8. ^ Beolens, B., Watkins, M., Grayson, M. 2011. The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Mesoclemmys dahli, p. 64).
  9. ^ Bull, J. J., and J. M. Legler. 1980. Karyotypes of side-necked turtles (Testudines: Pleurodira). Canadian J. Zool. 58: 828-841.
  10. ^ a b Medem, F. 1966. "Contribuciones al conocimiento sobre la ecología y distribución geográfica de Phrynops (Batrachemys) dahli (Testudinata, Pleurodira, Chelidae) ". Caldasia 9 (45): 467–489.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]