Message in a Bottle (novel)
![]() Kulit buku edisi pertama | |
Umum | |
---|---|
Pengarang | Nicholas Sparks |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Genre | Romantik |
Penerbitan | |
Penerbit | Warner Books |
Tarikh penerbitan | 1 April 1998 |
Jenis media | Cetakan (kulit lembut) |
Halaman | 336 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 0-446-52356-9 |
OCLC | 37878680 |
813/.54 21 | |
LCC | PS3569.P363 M47 1998 |
Message in a Bottle merupakan novel romantik kedua hasil nukilan pengarang dari Amerika iaitu Nicholas Sparks. Novel ini menceritakan tema percintaan romantik selepas dilanda kehibaan dan berlatar belakangkan lewat pertengahan 1990-an dan suasana kontemporari di Wilmington, Carolina Utara. Filem bagi novel ini telah dikeluarkan pada tahun 1999 dengan menggunakan tajuk yang serupa iaitu Message in a Bottle dan diterbit serta dilakonkan oleh Kevin Costner.
Ringkasan plot
[sunting | sunting sumber]![]() | Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (Februari 2013) |
Theresa Osborne telah bercerai dan dilanda kekecewaan mengenai perhubungan percintaan secara romantik. Pada suatu hari, beliau telah menemukan sebuah botol di persisiran pantai ketika berjoging. Di dalamnya terkandung sehelai surat cinta dan ditujukan kepada "Catherine", dan ditandatangani secara ringkas dengan nama "Garrett". Beliau berasa tercabar dengan misteri yang melanda dan ditekan oleh emosinya yang tidak dapat difahami dengan sepenuhnya. Seterusnya, beliau memulakan pencarian untuk mencari lelaki ini yang akan mengubah nasib hidupnya. Apa yang berlaku terhadapnya adalah tidak terduga, mungkin disebabkan keajaiban dan harapan untuk ditemukan kepada seseorang yang istimewa. Beliau juga mengharapkan cinta yang sejati, kuat, abadi dan berkekalan. Dalam sebuah persidangan yang diadakan di sebuah sekolah, Sparks telah mengatakan bahawa cerita ini diilhamkan daripada kedua ibu bapanya.[1]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Nicholas Sparks "Message in a Bottle", Barnes and Noble, dicapai pada 18 Ogos 2011.