Messerschmitt AG merupakan sebuah syarikat pengeluar pesawat udara terkenal dari Jerman, dikenali kerana menghasilkan pesawat pejuang terkenal semasa Perang Dunia II, terutamanya Bf 109 dan Messerschmitt Me 262. Syarikat terus hidup selepas era selepas perang, dengan berlakunya beberapa penggabungan dan penukaran nama dari Messerschmitt ke Messerschmitt-Bölkow-Blohm sebelum dibeli oleh DASA pada tahun 1989. Ia kini merupakan sebahagian daripada konsortium EADS.