Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mesyuarat luar biasa MCA tiga-10 diadakan pada jam 10 pagi, hari Sabtu, 10 Oktober 2009 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur,Malaysia. MCA adalah parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional.

Seramai 2377 perwakilan pusat akan mengundi bagi menentukan masa depan politik MCA berikutan krisis kempipinan parti itu. Mesyuarat luar biasa terpaksa diadakan kerana Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat bersengketa dengan Timbalan Presiden yang digantung Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Pada 26 Ogos 2008 Dr Chua telah dipecat dari parti MCA danm menimbulkan kemarahan penyokong fanatik Dr Chua Soi Lek.

Apabila berakhirnya mesyuarat berkenaan pada 11 Oktober 2009, para perwakilan memutuskan bahawa dua resolusi daripada tiga usul diterima manakala resolusi yang ketiga ditolak.

Dato' Seri Ong mengambil cuti selama empat hari selepas mengetahui keputusan mesyuarat tersebut. [1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ong Tee Keat lebih senior dari Dr Chua Soi Lek kerana telah menang bertanding dalam Pilihan raya kecil Ampang Jaya 1988. Setelah beberapa pemimpin MCA mengundurkan diri, Ong Tee Kiat paling layak dipilih menjadi Presiden MCA pada 2008. Sebelum itu tersebar video skandal seks Dr Chua Soi Lek iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Sungguhpun Dr Chua dipuji kerana keberkesanannya selaku Menteri Kesihatan tetapi maruah MCA dan Barisan Nasional terjejas teruk. Tuduh-menuduh berlaku tentang siapa yang membuat rakaman video itu menjelang pemilihan MCA. Isu itu reda setelah Dr Chua mengaku bahawa dialah orang yang dirakam dan mengundur diri dari jawatan parti dan kabinet. Majlis Presiden telah menghantar surat berdaftar memecat Dr Chua pada 26 Ogos 2009, setahun selepas Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek itu. Surat berdaftar itu turut dihantar ke ke pejabat Dr Chua di PWTC, kediamannya di Sierramas, Sungai Buloh, Selangor dan di Batu Pahat, Johor.

Pengaruh Dr Chua masih kuat terutama di Johor. Datuk Seri Najib Tun Razak telah menasihatkan Dr Chua menyelesaikan masalah pasrti MCA di seluruh negara. Oleh sebab itu Dr Chua menjelajah ke seluruh negara dan sering mengadakan sidang akhbar terutama kepada media berbahasa Cina. Populariti Dr Chua yang kembali meningkat menyebabkan pemimpin lain rasa tergugat. Ong Tee Kiat selaku presiden telah melantik dirinya sebagai pengerusi MCA Johor . Dr Chua tidak diberi tempat walaupun sebagai Timbalan Pengerusi MCA Johor sahaja. Ini membuatkan penyokong Dr Chua tidak puas hati dan bergerak ke seluruh negara mencari sokongan. Hampir semua kerusi 'kesian' yang dimenangi MCA dirampas oleh DAP atau PKR dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008.

Dr Chua juga dipecat dari parti MCA oleh Jawatankuasa Disiplin parti. Atas kebimbangan Dr Chua akan melompat kepada PKR sebagaimana Dr Chua Jui Meng, hukuman telah dikurangkan kepada digantung 4 tahun . Penyokong Dr Chua masih tidak puas hati krana Dr Chua hanya akan dibebaskan pada 2012. Dr Chua telah mengumumkan manifesto yang ditafsir sebagai usaha menjatuhkan Ong Tee Kiat.

Dua EGM[sunting | sunting sumber]

Bekas setiausaha agung MCA, Tan Sri Dr Ting Chew Peh berpendapat EGM tidak akan memecah-belahkan parti itu.Ia adalah saluran demokrasi dan ahli MCA cukup matang sekarang untuk menerima keputusan yang bakal diluluskan dalam mesyuarat itu.

Ketika ura-ura hendak mengadakan EGM, Ong Tee Kiat mengumumkan akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa. Kemudian Chua juga mahukan EGM. Pada mulanya dua EGM akan diadakan pada Oktober 2009 kerana dikemukakan oleh dua pihak yang berlainan. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat 921 tandatangan bagi mengadakan EGM. Perlembagaan MCA menetapkan EGM mesti diadakan dalam tempoh 30 hari dan ini bermakna EGM itu bakal diadakan sebelum mesyuarat agung tahunan MCA yang akan diadakan 11 Oktober 2009. Jika dua EGM diadakan , ramai perwakilan MCA mungkin tidak akan hadir kerana keletihan.[2]

Ramai pihak cenderung menasihatkan Dr Chua menubuhkan parti baru atau menyertai PKR sebagaimana Dr Chua Jui Meng tetapi segera dinafikan.[3]

Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), MCA akan lebih stabil dan kukuh untuk berhadapan dengan PRU13. MCA mestilah merampas kembali kerusi parlimen dan DUN yang terlepas ke tangan DAP dan PKR.

Resolusi[sunting | sunting sumber]

Presiden MCA,Ong Tee Kiat tiba-tiba setuju dengan cadangan mengadakan EGM supaya parti MCA dapat bergerak lancar. Ong Tee Kiat juga setuju dengan 5 resolusi akan dibentangkan dalam EGM itu.

Lima resolusi akan dikemukakan dalam EGM itu.

  1. Usul tidak percaya terhadap Ong
  2. Untuk membatalkan keputusan majlis presiden untuk memecat Dr Chua
  3. Menerima semula Dr Chua sebagai timbalan presiden MCA
  4. Membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM
  5. Tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.

Resolusi 4 dan kelima digugurkan pada awal mesyuarat berkenaan pada 11 Oktober 2009.[4]

Akhirnya tiga resolusi dikemukakan dalam EGM itu.

  1. Usul tidak percaya terhadap Ong
  2. Untuk membatalkan keputusan majlis presiden untuk memecat Dr Chua
  3. Menerima semula Dr Chua sebagai timbalan presiden MCA

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Usul 1:Usul tidak percaya terhadap Ong Keputusan: Ya - 1155 Tidak - 1141 Rosak - 8 (Usul diterima)

Usul 2:Untuk membatalkan keputusan majlis presiden untuk memecat Dr Chua Keputusan: Ya - 1204 Tidak - 1095 Rosak - 5 (Usul diterima)

Usul 3:Menerima semula Dr Chua sebagai timbalan presiden MCA Keputusan: Ya - 1110 Tidak - 1184 Rosak - 10 (Usul ditolak)

Ini bermakna para perwakilan membuat usul undi tidak percaya kepada Dato Ong dan membatalkan keputusan majlis presiden untuk memecat Dr Chua tetapi menerima semula Dr Chua sebagai timbalan presiden MCA.

Pasukan ketiga[sunting | sunting sumber]

"Pasukan ketiga" muncul pada Oktober 2009 timbul dan mendesak kedua-dua pemimpin itu hendaklah berundur ebagai jalan tengah. Sidang akhbar diberikan oleh pengerusi cawangan Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, Tan Kah Choun.Kononnya mereka mendapat sokongan daripada 13 bekas pemimpin MCA senior seperti Tan Sri Lee San Choon, Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Ong Ka Ting, Tan Sri Chan Kong Choy dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh. Tujuan pasukan ketiga hanya akan memecahkan undi.

Badan pembuat keputusan parti MCA iaitu Jawatankuasa Pusat (CC) telah mengurangkan hukuman terhadap Dr Chua . Dr Chua hanya digantung daripada parti itu selama 4 tahun dan hukuman digantung keahlian MCA telah dibatalkan. Tetapi penyokong Dr Chua masih tidak puas hati , merasakan tidak adil dan berikrar untuk mengubah keputusan tersebut pada EGM.

Kajian oleh Pusat Merdeka[sunting | sunting sumber]

Ong Tee Kiat dibabitkan dengan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) , menerima rasuah RM10 juta daripada Datuk Tiong King Siong . Tetapi Ong Tee Kiat segera menafikan pembabitan beliau kerana ia melibbatkan beberapa presiden MCA terdahulu, pemimpin UMNO dan pelbagai pihak swasta.Bancian daripada Pusat Merdeka mendapati Ong Tee Kiat mendapat sokongan perwakilan MCA. Kajian itu bertajuk "Perkembangan Politik MCA, Perubahan BN, PKFZ dan Persepsi terhadap Pakatan Rakyat". Ong memperoleh 25.2 % sokongan dari 846 responden. Dr Chua hanya mendapat 5.8 % sahaja. Kajian itu telah dijalankan dari 29 September hingga 4 Oktober 2009.[5]

Kumpulan samseng[sunting | sunting sumber]

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menyatakan polis akan memantau EGM tersebut. Ini kerana ada kecenderungan samseng akan memainkan peranan, mengatur perjudian siapa yang akan dimenangkan dan siapa yang patut dijatuhkan. [6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]