Mesyuarat Karađorđevo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mesyuarat Karađorđevo terjadi pada 25 Mac 1991 antara dua orang presiden daripada negara bekas Yugoslavia iaitu Franjo Tuđman daripada Croatia dan Slobodan Milošević, Serbia di kawasan memburu Karađorđevo di barat laut Serbia. Topik perbincangan mereka adalah berkaitan dengan krisis Yugoslavia yang sedang berlangsung. Tiga hari kemudian kesemua presiden daripada enam buah republik bertemu di Split.

Meskipun berita mengenai kewujudan mesyuarat ini mendapat publisiti meluas di media Yugoslavia pada masa tersebut, mesyuarat ini menjadi kontroversi pada tahun-tahun berikutnya, di sebabkan dakwaan oleh beberapa ahli politik Yugoslavia bahawa Tuđman dan Milošević telah berbincang dan bersetuju untuk membahagikan Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina berdasarkan etnik.

Dakwaan-dakwaan ini terbahagi seperti penafian bahawa sebarang persetujuan telah dicapai dan spekulasi ini merupakan teori konspirasi semata-mata, sehingga dakwaan bahawa mereka telah bersetuju untuk membahagikan semula Bosnia dan Herzegovina antara negera Croatia dan Serbia yang akan merdeka, iaitu wilayah yang mana didiami oleh majoriti ethnic Croat atau Serb akan diilhak oleh kekdua-dua negara ini, dengan sebuah negara penampan kecil oleh etnik Bosniak yang terletak di antaranya. Oleh kerana perbincangan Tuđman–Milošević berlaku tanpa adanya seorangpun saksi, dan tiada transkript yang dicatatkan, kandungan sebenar inti patit perbincangan mereka tidak diketahui.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]