Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218
Tarikh26 – 30 Julai 2009
TempatDewan Undangan Negeri Sarawak
Bandar rayaPetra Jaya, Sarawak
PengerusiSultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
Persidangan sebelum iniMesyuarat Majlis Raja-Raja ke-217
Persidangan seterusnyaMesyuarat Majlis Raja-Raja ke-219

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 pada 26 – 30 Julai 2009 diadakan di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Sarawak. Ia dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu kali ke-3 selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992.[1]

Turut hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. [2] Kesemua raja Melayu berkenan berangkat hadir dalam mesyuarat kali ini kecuali Kelantan yang diwakili Pemangku Raja Kelantan, Johor oleh Tunku Mahkota Johor, Terengganu oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu dan Pahang oleh Tengku Besar Pahang. Mengiringi Sultan dan Yang Dipertua Negeri pada mesyuarat itu ialah Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing kecuali Kelantan dan Pahang yang diwakili Timbalan Menteri Besar masing-masing.[3]

Sebuah perarakan kapal berhias sebanyak 21 kapal berhias dari pelbagai agensi kerajaan Sarawak diadakan sempena mesyuarat ini pada 6 petang 27 Julai 2009 di Sungai Sarawak yang ditutupi dengan pertunjukan bunga api.[4][5] Santapan malam juga diadakan di Dewan Santapan DUN pada malam 28 Julai 2009 dengan persembahan kebudayaan.

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghadiri sebarang acara mesyuarat berkenaan yang telah dirancangkan kecuali pada malam terakhir sebaliknya mengadakan aktiviti berkempen di negeri tuan rumah itu.[6]

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah mengenai pertahanan, keselamatan, agama dan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Hadirin[sunting | sunting sumber]

Bendera Wakil Negeri Pengiring
 Malaysia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
 Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim
 Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak
 Perlis Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu
 Negeri Sembilan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Muhriz
Mohamad Hassan
 Kelantan Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan
Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra
Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar Kelantan
 Perak Duli Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Perak
Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
 Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman
 Terengganu Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja
Tengku Baderulzaman ibni Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Dato' Seri Haji Ahmad bin Said
 Pahang Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang
Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah
Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Besar Pahang
 Sarawak Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Abang Muhammad Salahuddin
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
 Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang
Tun Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
Tuan Lim Guan Eng
 Sabah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah
Tun Ahmadshah b Abdullah
Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman
 Melaka Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Tun Mohd Khalil Yaakob
Mohd Ali bin Mohd Rustam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sultan Selangor pengerusikan mesyuarat Majlis Raja-raja ke-218". Utusan Online. 29 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-11. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  2. ^ Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-218 Di Kuching
  3. ^ "Yang di-Pertuan Agong hadir mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218". mStar. 30 Julai 2009. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  4. ^ "Perarakan Kapal Berhias sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218". Yayasan Sarawak. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  5. ^ "Yang diPertuan Agong berangkat acara perarakan kapal berhias". mStar. 28 Julai 2009. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  6. ^ "Tindakan Khalid semasa mesyuarat raja dikesali". Utusan Online. 31 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-11. Dicapai pada 10 Mei 2018.