Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251
Istana Negara
Tarikh24 Januari 2019
TempatIstana Negara, Jalan Duta
Bandar rayaKuala Lumpur, Malaysia
PengerusiSultan Mizan Zainal Abidin
Persidangan sebelum iniMesyuarat Majlis Raja-Raja ke-250

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 pada 24 Januari 2019 diadakan di Istana Negara, Jalan Duta. Ia dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.[1] Mesyuarat ini khas kerana bertujuan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan Sultan Muhammad V turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

Pada asalnya, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-251 ini dijadualkan berlangsung pada 27 – 28 Februari sebagai mesyuarat biasa.[2] Sehari selepas warkah peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong itu diterima, Majlis Raja-Raja terus mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pemilihan Yang di-Pertuan Agong.[3] Daripada pengundian ini, Raja-Raja Melayu telah memilih Sultan Pahang baharu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI serta melantik semula Pemangku Raja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2019.[4] Kaedah pemilihan dalam pusingan kedua Yang di-Pertuan Agong, diperuntukkan Seksyen 4(3) dan (4) Jadual III Perlembagaan Persekutuan.

Hadirin[sunting | sunting sumber]

Semua Raja-Raja Melayu berkenan berangkat mencemar duli ke mesyuarat ini kecuali Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Negeri Raja Melayu
 Terengganu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (pengerusi)
 Pahang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
 Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
Sultan Ibrahim
 Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
 Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
 Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
 Perlis Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
 Negeri Sembilan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Muhriz
 Kelantan Tidak hadir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (25 Januari 2019). "Pemilihan Agong penerus syura Majlis Raja-Raja". Berita Harian. Dicapai pada 28 Januari 2019.
  2. ^ "Berita & Aktiviti". Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 30 Julai 2009. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  3. ^ "Pemilihan Yang di-Pertuan Agong bukti permuafakatan Raja-Raja Melayu". Astro Awani. 25 Januari 2019. Dicapai pada 28 Januari 2019.
  4. ^ "Sultan Pahang dipilih Agong Ke-16, Sultan Perak kekal timbalan". Berita Harian. 24 Januari 2019. Dicapai pada 28 Januari 2019.