Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 diadakan dari 15-16 Oktober 2008 di Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Lokasi ini dipilih sempena Sultan Terengganu yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-13 .

Kehadiran[sunting | sunting sumber]

Semua sultan dan Yang diPetua Negeri hadir. Ini termasuklah :

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan semua menteri besar dan ketua menteri turut hadir kecuali Sabah yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin. [1] Sarawak diwakili oleh Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Peringatan Raja Melayu[sunting | sunting sumber]

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengeluarkan kenyataan khas pada 16 Oktober 2008 berdasarkan perkembangan selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 . Beberapa pihak cuba mempertikaikan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan. Ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan berasa gusar dan bimbang Malaysia akan terjebak dalam kancah sengketa kaum.

Perlembagaan Malaysia yang disebut Kontrak Sosial tidak wajar dipertikai,disemak semula atau diubah kerana ia menjadi asas pembentukan negara Malaysia.

Orang Melayu hendaklah bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.[2]

Isu lain[sunting | sunting sumber]

Turut dibincangkan ialah soal pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-215 Bermula Hari Ini
  2. ^ Peringatan Raja Melayu