Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots
Metal Gear Solid 4.jpg
Muka depan versi Amerika Utara
Pembangun Kojima Productions
Penerbit Konami
Pereka Hideo Kojima (pengarah)
Shuyo Murata (pengarah-co)
Kenichiro Imaizumi (pengeluar)
Yoji Shinkawa (pereka watak)
Penulis Hideo Kojima
Shuyo Murata
Penggubah lagu Lihat Runut bunyi
Siri Metal Gear
Enjin Enjin In-house
Pelantar PlayStation 3[1]
Tarikh keluaran June 12, 2008[2]
Genre Pengintipan,aksi,
Penembak orang ketiga
Mod Seorang pemain, Pemain berganda (Metal Gear Online hanya, muat turun)
Penilaian BBFC: 15[3]
CERO: D
ESRB: M[4]
OFLC: MA 15+[5]
OFLC: R16[6]
PEGI: 18+[7]
Bahantara Dual-layer Cakera Blu-ray
Keperluan sistem 4.6 GB HDD space
Kaedah input DualShock 3,Sixaxis

Metal Gear Solid 4: Guns of Patriots ( メタル ギア ソリッド 4 · ガンズ オブ ザ パトリオット, Metaru Gia Soriddo Fo Ganzu obu Za Patoriotto) adalah permainan video bergenre aksi pengintipan yang dibina oleh Kojima Productions untuk konsol PlayStation 3. Permainan ini diarahkan oleh Hideo Kojima dan telah membuat keluaran di seluruh dunia pada tarikh 12 Jun 2008, sepuluh tahun selepas keluaran Metal Gear Solid dan dua puluh tahun selepas keluaran Metal Gear di Amerika Utara.

Guns of Patriots menerima pujian daripada para pengkritik permainan video,mengumpulkan skor sempurna dan penghargaan Game of the Year dari beberapa penerbitan permainan video utama, termasuklah GameSpot yang menyatakan bahawa permainan ini "sempurna". Permainan ini telah menjadi pendorong kekuatan kewangan Konami dengan siri Metal Gear mencapai jualan sebanyak 5 juta unit pada tahun 2009.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Menurut Enterbrain, Guns of the Patriots telah dijual sebanyak 476,334 salinan dalam jualah empat hari pertama di Jepun, dimana termasuk bilangan bersama konsol PlayStation 3 dan menyebabkan perubahan yang besar dalam jualan PlayStation 3. Jualan PS3 pada masa itu ialah 10,000 unit dalam beberapa minggu menjadi 77,208 unit apabila minggu debut permainan. July 9, 2008,permainan ini telah dijual sebanyak 576,437 salinan di Jepun. Ia merupakan ke-11 jualan permainan terbaik Jepun pada tahun 2008, terjual sebanyak 686,254 salinan. Menurut kepada Chart-Track, Ia merupakan jualan permainan minggu pertama kedua terpantas bagi konsol PlayStation 3 di United Kingdom selepas Grand Theft Auto IV dan dibawah Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty sebanyak 14,000 salianan direkodkan pada tahun 2002. Konami telah melaporkan bahawa MGS4 telah terjual sebanyak satu juta unit di Eropah dalam minggu pertamanya dengan 25,000 salinan edisi-terhad. Di Amerika Syarikat, MGS4 merupakan jualan permainan terbaik pada June 2008 terjual sebanyak 774,600 salinan (hampir satu juta jika jumlah nombor salinan bersama konsol PlayStation 3 termasuk) menyebabkan jualan PS3 berganda berbanding bulan sebelumnya.Menurut NPD Group,Sehingga June 30, 2008. Ia telah terjual sebanyak 3 million salinan seluruh dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

The Complete Official Guide to Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots. Piggyback Interactive dan Kojima Productions, July 2008. ISBN 0-50694-27817-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]