Metal Wizard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Metal Wizard
Nama lahirMetal Wizard
Juga dikenali sebagai
Meditasi
Berasal dariMalaysia Malaysia
Genrerock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1984-1989
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Bekas ahliRosli Ahmad (Liey)- Guitar, Ahmad Sufian (Yan)- Bass, Bakaruddin Daud (Burn), Atan

Kumpulan Metal Wizard merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia pada era 1980-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Kumpulan ini dianggotai oleh sekumpulan pemuda yang kesemuanya berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri daripada Rosli (gitar), Mazlan (gitar), Yan (bass), Danas (keyboard), Razali dan Burn (vocal).

Mereka menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi dan mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLN dan JKR Raub, Pahang. Berkembang dari itu, mereka mula bergiat aktif membuat persembahan di majlis kahwin atau di funfair sekitar bandar Raub.

Pada tahun 1986, kumpulan Metal Wizard telah menyertai pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang yang di anjurkan oleh Dewi Suhana Studio Johor Bharu, dan berjaya menggondol tempat pertama, sekaligus menaikan nama kumpulan Metal Wizard ketika itu di Pahang. Mereka kemudian menyertai Pertandingan Juara Rock Malaysia pada tahun yang sama, bersaing dengan kumpulan May, Desire dan The Kids. Namun, mereka gagal merangkul sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut.

Sungguhpun gagal,kumpulan Metal Wizard tetap berkecimpung dalam bidang hiburan, malah giat berlatih disamping menghantar demo pada beberapa syarikat rakaman. Usaha mereka akhirnya berjaya menghasilkan kejayaan apabila mereka telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri).

Mereka kemudian mengambil keputusan menukarkan nama kumpulan mereka kepada kumpulan Meditasi.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli Metal Wizard (1983)[sunting | sunting sumber]

  • Rosli Ahmad (Liey)- Guitar
  • Allahyarham Ahmad Sufian (Yan)- Bass
  • Bakaruddin Daud (Burn)- vokal
  • Atan- Drum

Kumpulan ini telah menukarkan namanya kepada MEDITASI pada tahun 1989, setelah mendapat tawaran merakamkan album pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]