Metaverse
Metamesta[1] atau metasemesta (bahasa Inggeris: metaverse , lakuran perkataan "meta-" dan universe "alam semesta") ialah hipotesis lelaran seterusnya internet yang menyokong persekitaran maya 3-D dalam talian yang tidak berpusat dan berterusan.[2][3] Ruang maya ini boleh dicapai melalui set kepala realiti maya, cermin mata realiti berperantara, telefon pintar, PC dan konsol permainan.[4][3] Metamesta mempunyai kes penggunaan yang jelas dalam permainan video, perniagaan, pendidikan, peruncitan dan sektor hartanah.[5][6] Had terbesar untuk penggunaan berskala luas metamesta datang daripada pengehadan teknologi dengan peranti dan penderia semasa yang diperlukan untuk berinteraksi dengan persekitaran maya dalam masa nyata.[7][8][9]
Banyak syarikat seperti Meta, Roblox, Epic Games dan Microsoft melabur dalam penyelidikan teknologi berkaitan metamesta untuk menjadikan teknologi ini lebih efektif kos dan tersedia secara meluas.[8] Privasi maklumat dan ketagihan pengguna ialah antara kebimbangan yang diungkitkan dalam penggunaan metamesta yang berpunca daripada cabaran semasa dihadapi oleh industri-industri media sosial dan permainan video secara keseluruhannya.[10][4][11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aman (3 Feb 2022). "Walaupun Tiada Metamesta Sebenar Lagi, Lebih 500 Aplikasi Kini Menambah Terma "Metamesta" Pada Pemasaran". Amanz. Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ Jaynes, C.; Seales, W. B.; Calvert, K.; Fei, Z.; Griffioen, J. (22 Mei 2003). "The Metaverse: a networked collection of inexpensive, self-configuring, immersive environments". Proceedings of the workshop on Virtual environments 2003. EGVE '03. New York, NY, USA: Association for Computing Machinery: 115–124. doi:10.1145/769953.769967. ISBN 978-1-58113-686-9.
- ^ a b Newton, Casey (22 Julai 2021). "Mark Zuckerberg is betting Facebook's future on the metaverse". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ a b O'Brien, Matt; Chan, Kelvin (24 Oktober 2021). "EXPLAINER: What the metaverse is and how it will work". APNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ Combs, Veronica (29 Oktober 2021). "The metaverse: What is it?". TechRepublic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ "'The Metaverse Primer'". MatthewBall.vc (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ Antin, Doug (5 Mei 2020). "The Technology of the Metaverse, It's Not Just VR". The Startup (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ a b Brown, Dalvin (30 Ogos 2021). "What is the 'metaverse'? Facebook says it's the future of the Internet". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 November 2021.
- ^ Neiger, Chris. "Virtual reality is too expensive for most people — but that's about to change". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ Needleman, Sarah E. (16 Oktober 2021). "The Amazing Things You'll Do in the 'Metaverse' and What It Will Take to Get There". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ Rajan, Amala; Nassiri, Nasser; Akre, Vishwesh; Ravikumar, Rejitha; Nabeel, Amal; Buti, Maryam; Salah, Fatima (1 November 2018). "Virtual Reality Gaming Addiction": 358–363. doi:10.1109/CTIT.2018.8649547. Cite journal requires
|journal=
(bantuan)