Meteorologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Awan kumulus

Meteorologi (daripada istilah Yunani iaitu gabungan μετέωρος metéōros "tinggi (melangit)" - dari μετα- meta- "atas" and ἀείρω aeiro "mengangkat") dan -λογία -logia "pengetahuan" yakni "kajian benda tinggi melangit") atau kaji cuaca merupakan pengajian saintifik tentang keadaan atmosfera terutamanya berkenaan cuaca dan ramalannya. Cuaca memainkan peranan penting dalam mencorakkan cara hidup kita. Ia digolongkan dengan klimatologi, fizik atmosfera dan kimia atmosfera sebagai sains atmosfera.

Ahli meteorologi mengkaji arah dan halaju angin, suhu, tekanan, wap air dan interaksi pemboleh ubah ini, dan bagaimana mereka berubah dengan masa. Meteorologi juga mengaji interaksi atmosfera Bumi dengan Lautan. Kajian meteorologi membolehkan ahli sains meramal cuaca dan membekalkan maklumat penting untuk bidang-bidang ketenteraan, penjanaan tenaga, pertanian, perkapalan dan pembinaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Untuk maklumat lebih lanjut,[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.