MetroVision

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MetroVision
Jenis Saluran UHF
Negara Malaysia Malaysia
Ketersediaan Seluruh Malaysia
Pemilik Media Prima Berhad
Tokoh utama Ahmad Izham Omar, Pengarah Operasi Rangkaian
Tarikh pelancaran 1 Julai 1995

MetroVision ialah sebuah televisyen swasta di Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Julai 1995 dan dimiliki oleh Media Prima Berhad dan diurus oleh City Television Sdn Bhd, dan beroperasi di Shah Alam. Ia merupakan stesen TV swasta kedua negara selepas TV3 yang beroperasi pada 1984 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri keempat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan bersiaran di Kuala Lumpur. Cakupan siaran hanya terhad kepada Lembah Kelang, tetapi ia diperluaskan di Kedah dan Johor.[1]

Masa operasi[sunting | sunting sumber]

MetroVision beroperasi pada 9 pagi hingga 1 pagi dalam sehari.

Penghentian siaran dan tukar nama saluran[sunting | sunting sumber]

MetroVision telah menamatkan siarannya pada 1 November 1999. Ia dilancarkan semula sebagai 8TV pada 8 Januari 2004.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bakarudin Busu, "Orang ramai puas hati siaran TV4", Utusan Malaysia, 2 Julai 1995.
  2. ^ "MetroVision akan tamat siaran esok", Berita Harian, 31 Oktober 1999.
  3. ^ "MetroVision will ceased broadcasting after 4 years", New Straits Times, 28 October 1999.