Metro Kaherah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Metro Kaherah
Cairo metro logo.png
Umum
Lokasi Kaherah
Jenis transit Alihan laju
Jumlah laluan/aliran 2
Jumlah stesen 53
Operasi
Mula beroperasi 1987
Teknikal
Panjang sistem 65.5 km (40.7 batu) [1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Pintu masuk stesen metro Sadat di Midan Tahrir
Stesen Mar Girgis (Laluan 1)
Di dalam Metro Ataba (Laluan 2)
Pelan laluan Metro Kaherah
Jam Arab di metro Kaherah

Metro Kaherah di Mesir ialah satu-satunya sistem metro lengkap di Afrika. Sistem ini terdiri daripada dua laluan operasi. Laluan ketiga berada dalam perancangan.

Metro ini dijalankan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk Terowong. Laluan ini menggunakan tolok piawai (1435 mm). Harga tiket ialah EGP 1.00 untuk setiap perjalanan sejak Oktober 2007 (EUR 0.05, USD 0.05 atau 0.24 MYR), tanpa mengira jarak. Pada kesemua kereta api metro Kaherah, dua gerabak di tengah (ke-4 dan ke-5) pada setiap keretapi dikhaskan untuk wanita sehingga awal malam sebagai pilihan untuk para wanita yang tidak mahu duduk dengan lelaki dalam gerabak yang sama; meskipun begitu, wanita masih dapat menaiki gerabak lain secara bebas.

Dua laluan ini membawa sekitar 700 juta orang penumpang setahun dan purata 2 juta orang penumpang setiap hari[2].

Laluan 1 (Helwan - El-Marg)[sunting | sunting sumber]

Laluan 1 (laluan merah) dibuka pada 1987 selepas menyambungkan dua laluan atas tanah yang sedia ada dengan suatu bahagian bawah tanah yang besar melalui pusat bandaraya. (Oleh kerana ini, ia kadangkala dirujuk sebagai "Laluan Daerah".) Laluan ini merangkumi sejumlah 43.5 km (27 batu) dengan 3 km (1.8 batu) di bawah tanah, mempunyai 33 stesen, dan mempunyai ruangan untuk 60,000 penumpang sejam setiap arah. Metro ini yang kadang-kadang digelar "Laluan Binaan Perancis" menganjur dari kawasan industri Helwan di selatan ke El-Marg di sebelah utara. Kebanyakannya adalah di atas tanah, dengan bahagian pusat bandar di bawah tanah.

Laluan ini dibina dalam tiga peringkat:

  • Pertama: (Helwan / Medan Ramsis): 29 km, dibuka pada 1987.
  • ke-2: (Medan Ramsis / El-Marg ): 14 km, dibuka pada 1989.
  • ke-3: Perlanjutan bahagian utara Laluan 1: 1.3 km, dibuka pada 1999.

Laluan 2 (Shoubra - El Mounib)[sunting | sunting sumber]

Rangkaian metro Kaherah telah berkembang secara hebat pada pertengahan 1990-an dengan pembinaan Laluan 2 (kuning), dari Shoubra ke Universiti Kaherah, kemudian dipanjangkan ke Giza. Merangkumi 21.5 kilometre (13 mi) dengan 20 stesen, ia kadang-kadang digelar "Laluan Binaan Jepun" dan merupakan lalu lintas bawah tanah pertama merentasi Sungai Nil. Di kebanyakan bahagian ia berada dalam terowong yang digerek, kecuali dua bahagian: di utara menghampiri Shoubra El-Kheima, landasan laluan ini ditinggikan di atas tanah dan satu bahagian lagi dibina menggunakan kaedah potong dan tutup. Kelainan utama antara Laluan 1 dan 2 ialah Laluan 1 menggunakan sebuah talian atas sedangkan Laluan 2 menggunakan sistem rel ketiga.

  • Oktober 1996: Shoubra - Mubarak, 8 km (5 mi)
  • September 1998: Mubarak - Sadat, 3 km (2 mi)
  • 19 April 1999: Sadat - Universiti Kaherah, 5.5 km (3 mi) (termasuk laluan rentas Nil)
  • 8 Oktober 2000: Universiti Kaherah - Subbandar Giza 2.7 km (2 mi)
  • 17 Januari 2005: Subbandar Giza - Monib 2.5 km (2 mi)

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Empat lagi laluan dicadangkan — semuanya dengan tujuan mengurangkan kesesakan jalan raya Kaherah yang kronik — dengan Laluan 3 (hijau) dari Imbaba/Mohandessin ke Abbasiya, dan akhirnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah di Heliopolis. Laluan 4 dirancang menghala dari barat daya di Al Ahram ke timur di Bandar Nasr; Laluan 5 dirancang sebagai suatu laluan separuh bulatan yang bersambung dengan kesemua laluan yang lain, dari Bandar Nasr ke Pelabuhan Said dan Shoubra El Kheima; dan Laluan 6 ialah laluan utara-selatan dari Shoubra ke Maadi.

Satu kajian pengangkutan terbaru mengenai daerah Kaherah Raya telah diselesaikan pada 1999 dan mencadangkan pelaksanaan empat laluan metro baru, Laluan 3, 4, 5 dan 6, sebagai tambahan kepada dua laluan yang ada dalam operasi kini. Rangkaian Metro ini apabila siap akan dapat melayani kebanyakan kawasan yang berkepadatan tinggi kawasan Kaherah Raya, yang amat memerlukan sistem alihan laju. Rangkaian Metro ini memiliki banyak stesen pertukaran di antara keenam-enam laluan metro dan turut memberikan kemudahan pertukaran dengan stesen kereta api utama dan stesen terminal bas.

Laluan No. 3 memanjang dari barat laut Kaherah Raya di Imbaba ke barat daya di Heliopolis dan akan akhirnya akan turut melayani Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Laluan ini akan melintas di bawah dua cabang Sungai Nil, sama seperti Laluan 2. Jumlah panjang laluam ialah sekitar 30 kilometre (19 mi), kebanyakannya adalah dalam terowong gerek dan akan dilaksanakan dalam empat fasa. Projek ini termasuk sebuah Bengkel Utama berhadapan dengan terminal barat laluan dan Bengkel Pembaikian Ringan di bahagian tengah laluan di Abbasia.

Pembinaan Laluan No. 3 akan bermula dengan bahagian Attaba ke Abbasia, fasa pertamanya, diikuti dengan fasa kedua dari Abbasia ke Heliopolis, yang merupakan bahagian terpenting untuk keperluan pengangkutan Kaherah. Reka bentuk fasa 1 mengambil kira keselamatan lalu lintas dua struktur bawah tanah utama; iaitu terowong gerek laluan 2 di Attaba dan terowong air buangan di utara Attaba. Juga dirancangkan supaya sesetengah stesen bawah tanah akan digunakan secara meluas sebagai pusat perdagangan. Stesen-stesen ini akan dibina dengan cara potong dan tutup dan kereta api akan mendapat kuasa melalui rel ketiga.

Laluan No. 4 merentasi Kaherah dari barat daya di Al Ahram ke timur di Bandar Nasr, laluan sepanjang 24 kilometre (15 mi) kebanyakannya juga adalah dalam terowong gerek dan melintasi di bawah dua cabang Sungai Nil.

Laluan No. 5 ialah laluan separa bulat yang menyambungkan laluan 1, 2, 3 dan 4 dan mempunyai panjang 20 kilometre (12 mi). Keseluruhan laluan adalah dalam terowong gerek.

Laluan No. 6 ialah laluan memanjang dari utara bandar ke selatan, sepanjang 19 kilometre (12 mi), kebanyakannnya dalam terowong gerek. Keenam-enam laluan metro ini dirancang untuk memenuhi permintaan pengangkutan kawasan Kaherah Raya hingga ke tahun 2022. Bagaimanapun, pembinaan sebenarnya dan jadual perlaksanaan akan dihadkan oleh sumber kewangan yang ada.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]