Metro Skuad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Metro Skuad
GenreDrama, aksi, jenayah, thriler, misteri, saspens
PenciptaYusof Haslam (idea dan karya asal)
Dibangunkan oleh
Ditulis olehPanel Skrip Skop Productions
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Metro Skuad" oleh James Baum
Lagu penutup"Metro Skuad" oleh James Baum
PenggubahJames Baum
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan musim2
Bilangan episod52
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Fetty Hj. Ismail
  • Salmah Hj. Ismail
PenerbitYusof Haslam
Penyunting
  • Shahrul Dhoman
  • Murad Man
  • Wan Norhadi Wan Noh
  • Azman Md. Lazim
Lokasi
SinematografiOmar Ismail
Tempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal2 Mac 2012 – 29 Mac 2013
Kronologi
Rancangan berkaitan

Metro Skuad ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 diterbitkan oleh Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam. Berlatarkan Ibu Pejabat Polis Putrajaya, ia mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh unit elit polis yang di tugaskan untuk menumpaskan penjenayah. Siri ini dibintangi oleh Kamal Affandi Hashim, Azad Jasmin, Salina Saibi, Ana Dahlia, Adam Corrie, Amir Arafat, Reenetha Veeraya, Riz Amin, Zack X-Factor dan Farid Wari. Ia bersiaran di TV2 dari 2 Mac 2012 hingga 29 Mac 2013 menggantikan Gerak Khas yang ditamatkan sementara pada 2011.[1][2]

Sama seperti Gerak Khas, Metro Skuad turut memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penyeludupan, pembunuhan, rompakan, pemerdagangan manusia dan ceti haram. Ia menjadi drama pertama terbitan Skop Productions yang diterbitkan dalam definisi tinggi.

Plot[sunting | sunting sumber]

Unit Metro Skuad yang di bawah pimpinan Supritendan Kamal telah ditugaskan untuk membendung jenayah hingga ke akar umbi demi menjaga kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasan. Bermulalah misi Unit Metro Skuad bagi membanteras jenayah.

Dalam musim pertama, ASP Azat telah menerima serahan tugas daripada SUPT Kamal. Dalam misinya, dia terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran daripada pihak penjenayah dan pada masa sama tetap menggalas tanggungjawab sebagai seorang abang yang berdepan dengan kerenah adiknya yang suka berpoya-poya.

Di dalam musim kedua, ASP Rizman menerima serahan tugas daripada SUPT Kamal sebaik sahaja memulakan hari pertama bertugas di Unit Metro Skuad. Di dalam misinya, Rizman ingin menunut keadilan atas kematian isterinya, Siti yang meninggal dunia akibat ditembak mati oleh Ziman, ketua geng Kobra dan ingin mengheretnya ke muka pengadilan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Kamal Affandi Hashim sebagai SUPT Kamal (Musim 1-2)
  • Azad Jasmin sebagai ASP Azat (Musim 1)
  • Salina Saibi sebagai ASP Syakira (Musim 1-2)
  • Ana Dahlia sebagai Detektif Rohana (Musim 1-2)
  • Adam Corrie sebagai Detektif Peter (Musim 1-2)
  • Amir Arafat sebagai Detektif Amir (Musim 1)
  • Reenetha Veeraya sebagai Detektif Devi (Musim 1–2)
  • Riz Amin sebagai ASP Rizman (Musim 2)
  • Zack X-Factor sebagai Detektif Zack (Musim 2)
  • Farid Wari sebagai Detektif Farid (Musim 2), beliau pernah memegang watak undangan sebagai Marzuki dalam episod musim 1, "Siapa Bunuh Lisa?"

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Anne Abdullah sebagai ibu ASP Azat, Amjad dan Rina (Musim 1)
  • Azmeer Raja Lawak sebagai bapa ASP Azat, Amjad dan Rina (Musim 1)
  • Izreen Azminda sebagai Rina (Musim 1)
  • Amir Aziz sebagai Amjad (Musim 1)
  • Khaty Azian sebagai ibu ASP Syakira, Irfan dan Sheila (Musim 2)
  • Reza Hasbi sebagai Irfan (Musim 2)
  • Lia Natalia sebagai Sheila (Musim 2)

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Metro Skuad menampilkan barisan pelakon undangan untuk setiap episod, terdapat juga pelakon yang berlakon lebih daripada satu episod:

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

  • Ungku Hariz sebagai rakan karib Amjad
  • Huda Ali sebagai Siti, isteri ASP Rizman. Dalam episod "Dendam Berdarah", Siti meninggal dunia akibat dibunuh oleh Ziman, ketua kumpulan Geng Kobra.
  • Taib Mahmud sebagai bapa ASP Syakira, Irfan dan Sheila

Episod[sunting | sunting sumber]

Musim 1 (2012)[sunting | sunting sumber]

Musim pertama disiarkan pada 2 Mac 2012 dan tamat pada 24 Ogos 2012.

  • "Dendam" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Kongsi Gelap" (Bahagian 1, 2 dan 3)
  • "Amuk"
  • "Jerat Awang Hitam" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Orang Dalam" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Jual Orang"
  • "Siapa Bunuh Lisa?" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Suspek" (Bahagian 1, 2 dan 3)
  • "Haikal"
  • "Khianat" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Misi Khas" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Asid" (Bahagian 1, 2 dan 3)
  • "Konflik" (Bahagian 1 dan 2)

Musim 2 (2012–2013)[sunting | sunting sumber]

Musim kedua disiarkan pada 5 Oktober 2012 dan tamat pada 29 Mac 2013.

  • "Krisis" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Amira" (Bahagian 1, 2 dan 3)
  • "Dendam Berdarah" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Terpedaya" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Syaitan" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Kemelut" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Jejak di Beijing" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Jalan Pintas" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Cinta Awang Hitam" (Bahagian 1, 2 dan 3)
  • "Samseng" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Kes Cina Buta" (Bahagian 1 dan 2)
  • "Anita"
  • "Buruan"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah unit elit polis dalam Metro Skuad Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 April 2012.
  2. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (26 Januari 2014). Kuasa Gerak Khas Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.