Metrofulus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Metrofulus ialah sebuah bandar fiksyen yang didapati dalam filem superhero box-office Malaysia yang pertama, Cicak-Man. Seluruh bandar dibina dengan hanya menggunakan imej janaan komputer (CGI).

Metrofulus juga merupakan sebuah negara bandaraya Dan ketua negaranya adalah Presiden.

Nama Metrofulus merupakan sindiran terhadap bandar Metropolis yang terdapat dalam komik Superman, yang mana hujungnya digantikan dengan perkataan fulus (perkataan pinjaman bahasa Arab bermaksud wang). Adalah digambarkan bahawa kos sara hidup di bandar ini amat tinggi.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Jalan Jutawan,Bandar Metrofulus.

Walaupun Cicak-Man merupakan filem superhero Malaysia, namun struktur bangunan Bandar Metrofulus lebih menyerupai bandar Chicago atau New York City dan tiada persamaan dengan bandar raya Kuala Lumpur. Antara jalan yang terdapat di Metrofulus termasuklah Jalan Hundred, Jalan Trillion, Jalan Ampas/Jalan Hampas, Jalan Bilion, Jalan Cinerama, Jalan Plaza, Jalan Hartawan Utama, Jalan Dua Ratus, Jalan Jutawan dan Jalan Bomoh.

Agama[sunting | sunting sumber]

Islam ialah agama utama di Metrofulus dan dianuti semua kaum Melayu di Metrofulus.

Cuaca[sunting | sunting sumber]

Bandar Metrofulus mengalami iklim sejuk. Semua watak memakai baju sejuk untuk menunjukkan bahawa cuaca di Metrofulus sejuk. Mungkin cuaca sejuk ini menyebabkan struktur bandar Metrofulus tidak seperti Kuala Lumpur yang mengalami cuaca panas dan lembab sepanjang tahun.

Ekonomi dan Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Metrofulus.

Negara ini diketuai oleh Presiden iaitu Presiden Ramlan (Pelakon: Jalaluddin Hassan) yang dibantu oleh lima orang menteri. Terdapat juga seorang Datuk Bandar Metrofulus (Sathia).Cukai di Bandar Metrofulus mungkin menghidupkan kontroversi jika Bandar Metrofulus benar-benar wujud kerana semua peralatan elektrik seperti oven dan peti ais mempunyai cukai tinggi yang wajib dibayar oleh semua pemiliknya. Rakyat tidak dibenarkan untuk komen atau bantah perkara ini. Kenaikan cukai dan tol (sehingga 100%) tidak menjadi kejutan lagi kepada rakyat Metrofulus kerana perkara sebegini sudah kerap kali berlaku. Kontroversi yang paling hangat ialah harga yang perlu dibayar oleh semua untuk melintas jalan. Fulus merupakan matawang fiksyen yang digunakan di Bandar Metrofulus.

Klon Technologies yang diketuai oleh Profesor Klon (Pelakon: Aznil Nawawi) menikmati monopoli eksklusif sains, teknologi, dan khidmat perubatan. Syarikat ini juga menerima sumbangan bernilai jutaan fulus untuk memajukan lebih banyak vaksin baru. Turut berlaku bahawa Profesor Klon merupakan kroni Presiden Bandar Metrofulus.

Mahkamah Metrofulus pula mempunyai rekaan klasik Eropah dan mempunyai moto "Adil dan Saksama".

Anggota Bersenjata[sunting | sunting sumber]

Tentera Metrofulus merupakan anggota bersenjata Metrofulus yang bertanggungjawab memelihara kedaulatan Metrofulus. Tentera Metrofulus mempunyai sektor pembangunan yang maju apabila mampu membangunkan senjata kimia yang mampu meletup. Prototaip ini, bagaimanapun telah berjaya dicuri oleh geng Belalang Kunyit.

Polis Metrofulus pula bertanggungjawab memelihara keselamatan awam. Polis Metrofulus diketuai oleh Komisioner Kahar(Rashidi Ishak).

Hiburan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah jalan di Metrofulus yang bernama Jalan Ampas/Jalan Hampas. Jalan ini boleh dikatakan sebagai jalan yang penuh dengan pusat hiburan pada masa lampau tetapi kini dipenuhi oleh geng dan ahli kongsi gelap. Antara geng yang dikenali ialah geng Semut Merah dan Belalang Kunyit.

Terdapat juga Taman Riang Metrofulus yang berdekatan dengan pantai. Taman ini lebih kelihatan seperti fun-fair.

Terdapat juga sebuah bangunan bernama Metrofulus Plaza.

Media[sunting | sunting sumber]

  • Televisyen dan Radio
Metrofulus mempunyai lima saluran televisyen, saluran 6, TV 11,METRO Tv, TV 16 dan juga Paparazi TV. Sementara itu mempunyai 2 stesyen radio iaitu Radio Metrofulus Realiti dan Metrofulus FM.
  • Media cetak
Metrofulus mempunyai dua surat khabar harian iaitu Metrofulus Fokus dan Harian Metrofulus.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Metrofulus turut mempunyai sistem pengangkutan yang lengkap. Bandar ini mempunyai bas awam serta LRT.

Cuti Umum[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]