Mil Mi-17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mi-17)
Mi-17 / Mi-8M
Dua pesawat Mi-17 (Mi-8MTV1) yang digunakan oleh PBB
Peranan Helikopter pengangkut
Pengeluar Mil Moscow Helicopter Plant
Status Dalam perkhidmatan
Syarikat penerbangan utama Rusia
sehingga 60 buah negara lain
Dikeluarkan lebih kurang 12,000
Dibangunkan dari Mil Mi-8

Mil Mi-17 (juga dikenali sebagai Mi-8M dalam perkhidmatan di negara Rusia) adalah sebuah helikopter pengangkut buatan Rusia. Ia masih dikeluarkan oleh dua buah kilang di Kazan dan Ulan-Ude.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Dibangunkan daripada rangka asal Mi-8, Mi-17 telah dimuatkan dengan enjin yang lebih besar iaitu TV#-117MT, rotor, dan transmisi yang dibangunkan untuk Mi-14, disertai dengan fiuslaj yang telah dibangunkan untuk muatan berat. Reka bentuk Mi-17 adalah untuk dieksport manakala angkatan tentera Rusia memanggilnya sebagai Mi-8MT.

Spesifikasi (Mil-17)[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: Tiga – 2 juruterbang dan 1 jurutera
  • Kapasiti: 32 penumpang atau muatan 4,000 kg (8,800 lb) pada tenggekan dalaman / 4,500 kg (10,250 lb) pada tenggekan luaran.
  • Panjang: 18.42 m (60 kaki 5 in)
  • Diameter rotor: 21.352 m (69 kaki 10 in)
  • Tinggi: 4.76 m (15 kaki 7 in)
  • Ceper luas: 356 m² (3,830 kaki²)
  • Berat kosong: 7,100 kg (15,700 lb)
  • Berat berisi: 11,100 kg (24,470 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 13,000 kg (28,700 lb)
  • Loji kuasa:Klimov TV3-117VM turbin aci, 1,450 kW (2225 shp) setiap satu

Prestasi

  • Penggunaan minyak: 600 kg/j (1,320 lb/h)

    Persenjataan

    • sehingga 1,500 kg (3,300 lb) persenjataan pada enam tenggekan termasuk bom, roket, dan pod meriam.

    Pengguna[sunting | sunting sumber]

    Lihat juga[sunting | sunting sumber]

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]