Mi rebus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mi Rebus
مي ربوس
Mee rebus.JPG
Semangkuk Mi Rebus di Malaysia
Nama alternatifMee rebus, Mi rebus,Mee Jawa,Mi Jawa
JenisMi
Jenis sajianHidangan utama
Tempat asalJohor
KawasanMalaysia
Masakan negara yang berkaitanMalaysia,Singapura
Dicipta olehJohor
Bahan utamaMi kuning, kuah sama ada berasaskan udang kering atau Kacang Masin (taucu)
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Mi Rebus
مي ربوس|Buku Masakan: Mi rebus]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Mi Rebus
مي ربوس|Media: Mi rebus]]

Mi rebus (Jawi: مي ربوس) atau Mi Jawa (Jawi: مي جاوا) adalah sebuah hidangan mi yang masyhur di Malaysia dan Singapura.

Hidangan ini diperbuat dari mi kuning, yang juga digunakan dalam mi Hokkien, dengan kuah yang agak pedas manis. Kuah diperbuat daripada keledek, serbuk kari, air, taucu, udang kering, dan kacang tanah. Hidangan ini dihiasi dengan telur rebus, limau kasturi atau limau nipis, daun bawang, daun sup, cili hijau, tauhu goreng, bawang goreng dan taugeh. Sesetengah tempat makan, gerai atau warung, ada menghidangnya dengan hirisan daging lembu, walaupun jarang terdapat di pusat penjaja. Selain itu,ada yang menambah kicap pekat pada mi apabila dihidang. Hidangan ini juga boleh dihidang bersama sate.

Dahulu, mi rebus dijual oleh penjaja bergerak dengan menggunakan kandar. Satu bakul mengandungi dapur dan periuk air masak, dan yang lain ramuan untuk hidangan.

Di Indonesia , suatu hidangan bernama Mi Jawa digelar Bak Mi. Jadi Mi Jawa ada dua , satu Mi rebus asal Malaysia,lagi satu Bak Mi asal Indonesia .