Mia Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mia Ahmad
Samiha.jpg
Mia Ahmad menggayakan jenama tudung Mumuscarves, pada 27 Januari 2016.
Kelahiran Samihah Binti Ahmad Baderi
(1988-02-22) 22 Februari 1988 (umur 29)
Taiping, Perak, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model bebas dan duta jenama
Tahun aktif 2014 – kini
Ejen
  • A Klasse Management (2015)
  • Paranormal (2016 - kini)
Terkenal kerana Hati Perempuan
Ketinggian 163 cm, 5'4"
Pasangan Mohd Izham Tarmizi (berkahwin 2017)

Samihah Binti Ahmad Baderi atau lebih dikenali sebagai Mia Ahmad (lahir 22 Februari 1988) merupakan seorang pelakon wanita, duta jenama dan model bebas Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Yuhanis dalam drama Hati Perempuan di TV3. [1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mia Ahmad dilahirkan di Taiping, Perak kepada keluarga warisan Perak dengan keturunan jauh Pattani. Beliau adalah anak keempat daripada lima adik-beradik. Mia mendapat pendidikannya di SMK Treacher Methodist Girls School dan mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mia memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penerbangan sebaggai pramugari di syarikat penerbangan komersial tempatan, AirAsia X dan Emirates Airline selama kira-kira 4 tahun sebelum terjun ke dalam dunia hiburan tanah air. Selepas meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari, Mia mula melibatkan diri dalam bidang permodelan dan terbabit dalam iklan TV komersial. Beliau muncul dalam iklan Oral B dan Nestle Nan Grow sebelum dia menjadi aktif ke dalam bidang lakonan sehingga hari ini.

Selepas mendapat peranan sampingan dalam beberapa drama tv, beliau mendapat peranan pertamanya dalam siri drama "Ku Tak Rela" untuk slot Azalea (TV3) [2] diikuti oleh slot drama popular untuk Slot Akasia TV3, "Hati Perempuan" bersama-sama dengan bintang yang semakin bersinar, Saharul Ridzwan.[3]

Mia Ahmad juga dahulu merupakan duta jenama tudung, MumuScarves dan produk kecantikan, Pesona Ayu Skincare.

Kini, beliau telah mengasaskan produk kecantikannya sendiri yang diberi label Absolue by Mia Ahmad. Setakat ini, Absolue by Mia Ahmad telah melancarkan dua produk, iaitu minyak wangi yang diberi nama Sweetness by Mia Ahmad dan celak mata yang bernama Kohl Lashes by Mia Ahmad. Satu lagi jenama iaitu tudung yang berumbai di bawah label Tassel by Mia Ahmad, bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2017 jam 10:18 pagi, dengan sekali lafaz, Mia Ahmad telah diijabkabulkan dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi yang tiga tahun lebih muda daripadanya.[4] Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan dihadiri 200 orang tetamu terdiri daripada keluarga serta rakan-rakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Baderi Mohamad.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Stesen TV
2014 Putih Pasir Pantai Jessica Pelakon undangan TV1 (Slot Bidadari)
2014 Romi Cinta Julia Amy Pelakon undangan TV3 (Slot Lestary)
2014 Rindu Awak 200% Esyana Pelakon undangan TV3 (Slot Akasia)
2015 Ketuk - Ketuk Ramadhan (29) Mia Ahmad Artis jemputan TV1
2015 Ku Tak Rela Anis Pelakon utama TV3 (Slot Azalea)
2015 Hati Perempuan Yuhanis Pelakon utama TV3 (Slot Akasia)
2015 Sayap Jibrail : Episod 4 Suhana Pelakon undangan Astro Prima
2015 Kifarah Mistik : Panas Wanie Pelakon undangan TV3 (Slot Zehra)
2015 Sepahtu Reunion : Episod 5 Melissa Artis jemputan Astro Warna
2015 Dilema Wanita (Isteri Kedua) Mawar Pelakon utama TV1 (Slot Bidadari)
2016 Ahli Mesyuarat Tingkap Mia Ahmad Artis jemputan TV3 (Slot Iris)
2016 Mr. Boss, Miss Stalker Sara Azreen Pelakon utama TV3 (Slot Dahlia)
2016 2000 KM Ke Al-Haram Wan Syafiqah Pelakon utama TV1
2016 Jejak Karmila Suraya Pelakon utama TV3 (Slot Zehra)

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Stesen TV
2014 Papa Yibbie Sara Pelakon pembantu TV3
2014 Selempang Kuning Melur Pelakon pembantu Astro Prima & Astro Maya HD
2014 Atie Setan Juju Pelakon pembantu Astro Prima & Maya HD
2014 Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Su Pelakon pembantu TV9
2015 Jodoh Ke Uolls Yuhanis Pelakon utama TV3
2015 Badai Cintamu Keisha Pelakon utama TV AlHijrah
2015 Husin Peninglah Julia Pelakon utama TV3
2015 Paktomai Aku Datang Alisha - TV9
2016 Gadget Mak Jah Suhaila Pelakon utama TV9
2016 Ku Haramkan Susu Itu Alisha Pelakon utama TV9
2016 Anak Liya Pelakon utama TV2
2016 Cinta 3 Rasa Hana Pelakon pembantu TV9
2016 Ramadhan Hazim Cikgu Fatihah Pelakon pembantu TV1

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
Superbike The Movie Pelakon pembantu
Jibam Miah Pelakon pembantu
2016 Siapa tu ? Mia Ahmad Pelakon pembantu

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun MV Penyanyi
2015 Takkan Pergi Hyper Act

Iklan komersial[sunting | sunting sumber]

Tahun Jenama
2012 Oral B
2013 Nestle Nan Grow 3
2014 Hurix's

Duta[sunting | sunting sumber]

  • Ashhannas
  • MumuScarves
  • Pesona Ayu Skin Care
  • Oli Candy

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah dan pencalonan Kategori Keputusan
2016 Anugerah Telenovela 2016 Pelakon Wanita Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Heroin Hati Perempuan". 2015-10-03. 
  2. ^ "Konflik Keluargaan". 2015-11-09. 
  3. ^ "Langkah Pertama Mia Ahmad". 2015-05-24. 
  4. ^ a b "Mia Ahmad dan Izham Tarmizi selamat diijabkabulkan". BeautifulNara. 2017-01-14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]