Pergi ke kandungan

Mia Sara Shauki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mia Sara Shauki
ميا سارة شوقي
Kelahiran
Mia Sara Shauki binti Afdlin Shauki

(1999-10-12) 12 Oktober 1999 (umur 27)
PekerjaanPelakon, personaliti media sosial, penyanyi, model
Tahun aktif2004–kini
Karya
Filemografi
Ibu
  • Christina Orow Abdullah
    (Ibu Kandung)
  • Datin Marcella
    (Ibu Tiri)
BapaDato' Haji Afdlin Shauki Aksan

Mia Sara Shauki binti Dato' Haji Afdlin Shauki (lahir 12 Oktober 1999) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. eliau juga merupakan anak sulung kepada pelakon Afdlin Shauki.[1][2][3] Beliau terkenal dengan watak sebagai Alissa Rose dalam siri Disney Channel Asia Wizards of Warna Walk, adaptasi Malaysia siri Wizards of Waverly Place.[4]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 12 Oktober 1999 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Bapanya, Afdlin Shauki[5] ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengarah. Datuknya, Monggoh Orow ialah seorang ahli politik dan bekas Ahli Parlimen Tuaran, Sabah. Mia berketurunan Melayu-Kadazan-Dusun-Yunani.

Mia belajar di Cempaka International Ladies' College pada usia 14 tahun. Semasa belajar di kolej itu, beliau mula menunjukkan minat terhadap seni persembahan, dan menghadiri penerbitan pecah panggung tahunan sekolah, seperti The Wedding Singer dan Legally Blonde: The Musical. Pada tahun 2015, Mia belajar untuk Program Diploma International Baccalaureate di Cempaka, namun tercicir sebelum menamatkan kursus pengajian pada 2016. Pada tahun berikutnya, beliau menghadiri kursus Pengasasan dalam Seni di Pusat Matrikulasi HELP. Beliau kini mengambil diploma kursus lakonan dalam talian di Royal Central School of Speech & Drama.

Mia Sara memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Buli (2004) arahan bapanya, sebagai anak kecil. Pada tahun 2009, Mia melakonkan watak Miasara kecil dalam filem Papadom juga arahan bapanya. Sejak itu, beliau banyak diberikan peranan kecil dalam filem-filem arahan Afdlin termasuk Misteri Jalan Lama (2011), Pontianak vs Orang Minyak (2012) dan Papadom 2 (2013); sebaik menginjak usia remaja. Beliau juga menumpukan perhatian terhadap projek teater di sekolah.

Pada tahun 2019, Mia melakonkan watak sebagai Tammy dalam filem seram komedi bebas, Space Ninjas. Beliau membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Caramel Cream" nyanyian kumpulan Midnight Fusic.

Mia mula mencuri perhatian menerusi watak Alissa Rose D'Cruz lakonannya dalam siri Disney Channel Asia Wizards of Warna Walk (2019), adaptasi Malaysia dari siri Wizards of Waverly Place. Beliau kemudian membuat penampilan TV Singapura pertamanya menerusi episod rintisan siri TV Mediacorp, Raksasa (2020).

Mia bakal menjayakan peranan pembantu dalam filem drama komedi muzikal Baik Punya Ah Long, bersama Zizan Razak, Johan Raja Lawak, dan Liyana Jasmay. Beliau juga bakal menjayakan peranan utama dalam filem terbitan Kuman Pictures, Ceroboh.[6]

Beliau mendapat kejayaan meluas menerusi watak Alia lakonannya dalam Histeria The Series yang disiarkan di Astro Citra. Ia turut dibintangi oleh Sharifah Aryana, Amelia Christie dan Serra Kamal serta menampilkan pelakon asal filem Histeria, Liyana Jasmay.[7][8]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Nur Asyikin Mayudin (9 Jun 2022). "Anak Afdlin Shauki, Mia Sara sedia dikritik masuk industri seni guna kabel bapa". mStar Online. Dicapai pada 11 November 2022.
  2. ↑ Nur Emira Saizali (13 Jun 2022). "Mia Sara tak guna 'kabel' Afdlin Shauki". Kosmo!. Dicapai pada 11 November 2022.
  3. ↑ Muhammad Rahimi Rahim (9 Jun 2022). "Anak Afdlin Shauki, Mia Sara tak kisah dituduh guna pengaruh bapa masuk industri seni". Utusan TV. Dicapai pada 13 November 2022.
  4. ↑ Kenneth Chaw (16 Ogos 2019). "Meet the 3 M'sian kids who beat 350 others to star in this Disney show" [Bertemu dengan 3 kanak-kanak Malaysia yang menewaskan 350 yang lain untuk membintangi rancangan Disney ini] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2021. Incidentally, unknown to Afdlin, his real-life daughter Mia, had auditioned to be a part of Wizards Of Warna Walk earlier. "We didn't realise we were doing the same show until later". Mia, who first forayed into showbiz in 2016, was initially nervous about auditioning.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  5. ↑ Tahir Alhamzah (15 Ogos 2019). "#Showbiz: 'I never wanted my children to follow in my footsteps' — Afdlin Shauki" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 31 Januari 2020. Like many traditional Asian parents – Afdlin Shauki prefers to see his three children – Mia Sara, Anais and Ileana Matin – growing up to become either doctors, engineers, entrepreneurs or other professions with a more stable source of income.
  6. ↑ Begum, Mumtaj (11 Januari 2021). "Filming in time of Covid-19 is like it was 10 years ago, says local production house | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2021-01-24.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  7. ↑ Azrul Radi (6 Jun 2022). "Berlakon adegan sensitif, Mia Sara minta pandangan Afdlin Shauki". Majoriti. Dicapai pada 13 November 2022.
  8. ↑ "Lakonkan Babak Merokok Dalam Drama Histeria The Series, Mia Sara Shauki Ada Minta Pandangan Bapanya". Kopiplanet. 6 Jun 2022. Dicapai pada 13 November 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]