Michael Imperioli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michael Imperioli
Imperioli pada 2007
Kelahiran (1966-03-26) 26 Mac 1966 (umur 57)
PekerjaanPelakon, penulis, pengarah
Tahun aktif1985–kini
PasanganVictoria Chlebowski (k. 1996)
Anak-anak3

Michael Imperioli (lahir 26 Mac 1966) ialah seorang pelakon, penulis, pengarah dan pemuzik Amerika Syarikat, yang terkenal dengan watakya sebagai Christopher Moltisanti dalam drama jenayah HBO The Sopranos (1999–2007), yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Luar Biasa dalam Siri Drama pada tahun 2004. Beliau mendapat pengiktirafan di awal kerjayanya untuk peranannya sebagai Spider dalam film Goodfellas tahun 1990 karya Martin Scorsese. Karya televisyen lain Imperioli termasuk watak sebagai Nick Falco dalam siri drama Law & Order, Ray Carling dalam Life on Mars versi AS, dan Louis Fitch dalam drama polis ABC Detroit 1-8-7. Beliau juga mempunyai watak dalam filem seperti Shark Tale (2004) dan The Lovely Bones (2009).

Imperioli telah berkahwin dengan Victoria Chlebowski sejak 1996, tinggal di Santa Barbara, California, dan dikurniakan tiga anak. Beliau dan keluarganya ialah pengamal Tae Kwon Do yang rajin.[1] Pada tahun 2008, Imperioli menjadi penganut Buddha.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ DOBNIK, VERENA (28 January 2007). "Imperioli: Tae Kwon Do Changed His Life" – melalui washingtonpost.com.
  2. ^ "Michael Imperioli talks the mob, menopause, and his film 'The M Word'". ew.com. April 30, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]