Michael Phelps

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
}}
Michael Phelps

Michael Phelps di Sukan Olimpik Beijing 2008

 
Informasi Pribadi
Nama lengkap: Michael Fred Phelps II[1]
Nama Panggilan: The Baltimore Bullet;[2] Flying Fish[3]
Kebangsaan:  Amerika Syarikat
Gaya: Kuak lentang, kupu-kupu, rampaian individu, gaya bebas
Club: North Baltimore Aquatic Club
Tanggal Lahir: (1985-06-30) 30 Jun 1985 (umur 38)
Tempat lahir: Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat
Tinggi: 6 ka 4 in (1.93 m)[4]
Berat badan: 190 lb (86 kg)[4]

Michael Fred Phelps II (lahir 30 Jun 1985) ialah seorang perenang paling berjaya di Sukan Olimpik dengan 28 pingat. Perenang Amerika Syarikat ini juga memegang rekod 23 pingat emas Olimpik, termasuk 13 pingat emas acara individu. Beliau juga memegang rekod bilangan pingat emas terbanyak dalam satu temasya Olimpik, iaitu sebanyak lapan butir dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.[5] Dalam Sukan Olimpik London 2012, Phelps telah memenangi empat emas dan dua perak.

Phelps kini memegang tujuh rekod dunia dalam sukan renang.[6] Tiga daripadanya adalah dalam acara individu, iaitu 100 meter kupu-kupu, 200 meter kupu-kupu dan 400 meter rampai individu. Keseluruhannya, Phelps telah meraih 70 pingat dalam pertandingan antarabangsa, iaitu 56 butir pingat emas, 11 perak dan tiga gangsa dalam Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia dan Kejohanan Pan Pasifik.

Gelaran-gelaran antarabangsa dan rekod-rekod dunia yang dipegang Phelps telah menyumbangkannya dengan berbagai-bagai anugerah termasuk enam kali Anugerah World Swimmer of the Year pada tahun-tahun 2003-2004 dan 2006-2009, dan lapan kali Anugerah American Swimmer of the Year pada tahun-tahun 2001-2004 dan 2006-2009. Kejayaan Olimpik 2008nya juga menyebabkan majalah Sports Illustrated memberikannya anugerah Sportsman of the Year.

Selepas Sukan Olimpik 2008, Phelps menubuhkan Yayasan Michael Phelps, yang berusaha mengembangkan sukan renang dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Rekod dunia[sunting | sunting sumber]

Dengan 32 rekod dunia (26 individu, 6 berganti-ganti), pada Ogos 2008, Phelps kian menghampiri rekod 33 rekod dunia yang dipegang Mark Spitz (26 individu, 7 berganti-ganti). Semua rekod-rekod ini dicatat dalam kolam renang berhaluan panjang (50 meter); rekod yang sedia ada ditebalkan.

# Jarak Acara Masa Tempat Tarikh
1 200 m Kuak kupu-kupu 1:54.92 Austin, Texas, AS 2001-03-30
2 200 m Kuak kupu-kupu (2) 1:54.58 Fukuoka, Jepun 2001-07-24
3 400 m Rampai individu 4:11.09 Ft. Lauderdale, Florida, AS 2002-08-15
4 4x100 m Rampai berganti-ganti[a] 3:33.48 Yokohama, Jepun 2002-08-29
5 400 m Rampai individu (2) 4:10.73 Indianapolis, Indiana, AS 2003-04-06
6 200 m Rampai individu 1:57.94 Santa Clara, California, AS 2003-06-29
7 200 m Kuak kupu-kupu (3) 1:53.93 Barcelona, Sepanyol 2003-07-22
8 200 m Rampai individu (2) 1:57.52 Barcelona, Sepanyol 2003-07-24
9 100 m Kuak kupu-kupu 51.47 Barcelona, Sepanyol 2003-07-25
10 200 m Rampai individu (3) 1:56.04 Barcelona, Sepanyol 2003-07-25
11 400 m Rampai individu (3) 4:09.09 Barcelona, Sepanyol 2003-07-27
12 200 m Rampai individu (4) 1:55.94 College Park, Maryland, AS 2003-08-09
13 400 m Rampai individu (4) 4:08.41 Long Beach, California, AS 2004-07-07
14 400 m Rampai individu (5) 4:08.26 Athens, Greece 2004-08-14
15 200 m Kuak kupu-kupu (4) 1:53.80 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-17
16 4x100 m Rampai gaya bebas [b] 3:12.46 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-19
17 200 m Rampai individu (5) 1:55.84 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-20
18 200 m Kuak kupu-kupu (5) 1:53.71 Columbia, Missouri, AS 2007-02-17
19 200 m Gaya bebas 1:43.86 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-27
20 200 m Kuak kupu-kupu (6) 1:52.09 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-28
21 200 m Rampai individu (6) 1:54.98 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-29
22 4x200 m Rampai gaya bebas[c] 7:03.24 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-30
23 400 m Rampai individu (6) 4:06.22 Melbourne, Victoria, Australia 2007-04-01
24 400 m Rampai individu (7) 4:05.25 Omaha, Nebraska, AS 2008-06-29
25 200 m Rampai individu (7) 1:54.80 Omaha, Nebraska, US 2008-07-04
26 400 m Rampai individu (8) 4:03.84 Beijing, China 2008-08-10
27 4x100 m Rampai gaya bebas (2)[d] 3:08.24 Beijing, China 2008-08-11
28 200 m Gaya bebas (2) 1:42.96 Beijing, China 2008-08-12
29 200 m Kuak kupu-kupu (7) 1:52.03 Beijing, China 2008-08-13
30 4x200 m Rampai gaya bebas (2)[e] 6:58.56 Beijing, China 2008-08-13
31 200 m Rampai individu (8) 1:54.23 Beijing, China 2008-08-15
32 4x100 m Rampai berganti-ganti (2)[a] 3:29.34 Beijing, China 2008-08-17
a bersama Aaron Peirsol, Brendan Hansen, dan Jason Lezak
b bersama Neil Walker, Cullen Jones, dan Jason Lezak
c bersama Ryan Lochte, Klete Keller, dan Peter Vanderkaay
d bersama Garrett Weber-Gale, Cullen Jones, dan Jason Lezak
e bersama Ryan Lochte, Ricky Berens, dan Peter Vanderkaay

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Michael Phelps". TVGuide.com. Dicapai pada 28 Julai 2012.
  2. ^ Harris, Nick. "'Baltimore Bullet' has history in his sights". Baltimore Sun. 2008-08-11.
  3. ^ "'Flying Fish' Phelps largely unknown in China". MSNBC.com. 2008-08-17. Dicapai pada 2012-04-21.
  4. ^ a b "National Team Bios". USA Swimming. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-05. Dicapai pada 2012-08-01.
  5. ^ "2004 Olympic Games swimming results". Dicapai pada 2007-07-22.
  6. ^ Celizic, Mike. "Phelps officially world's greatest athlete ever". MSNBC News. 2008-08-15

Pautan luar[sunting | sunting sumber]