Michael Vartan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vartan dalam gambar skrin dari siri tv Alias

Michael Vartan (lahir November 27, 1968, di Boulogne-Billancourt, Hauts-de-Seine, France) adalah seorang pelakon filem dan televisyen Perancis-Amerika Syarikat.

Biography[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Vartan telah dibesarkan di Perancis dan Amerika Syarikat, anak lelaki Eddie Vartan, yang lahir di Bulgaria dari keturunan Armenia dan Hungary, dan Doris, seorang Yahudi Amerika yang lahir di Poland; makcik sebelah bapanya adalah seorang penyanyi pop Perancis Sylvie Vartan.

Ibu bapa Vartan berpisah ketika dia 5 tahun dan berpindah ke Amerika Syarikat bersama ibunya. Berpindah balik ke Perancis untuk bersama bapanya sehingga tamat sekolah menengah. Ketika berusia 17 tahun, Vartan berpindak kembali bersama ibunya di Los Angeles, untuk menjadi artis, kerana dia tidak ingin menyertai perkhidmatan tentera wajib di Perancis. Di Los Angeles, dia menghadiri sekolah lakunan selepas diberitahu dia memiliki bakat berlakon.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Setelah berlakon beberapa peranan kecil, Vartan berlakon dalam peranan sokongan dalam filem besar, terutamanya Never Been Kissed (1999), One Hour Photo (2002) dan Monster-in-Law (2005), dan filem seram Australia, Rogue.

TV[sunting | sunting sumber]

Dia berlakun sebagi Michael Vaughn dalam siri tv Amerika Syarikat Alias (2001–2006), sebelum meninggalkan siri tersebut untuk menumpu kepada kerjaya filemnya.

Filem terpilih[sunting | sunting sumber]

  • Rogue (2006)
  • Monster-in-Law (2005)
  • One Hour Photo (2002)
  • Alias (2001) (siri TV)
  • The Mists of Avalon (2001)
  • Never Been Kissed (1999)
  • The Curve (1998)
  • The Pallbearer (1996)
  • To Wong Foo, Thanks For Everything! Julie Newmar (1995)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]