Michel Foucault

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Michel Foucault
Foucault dalam suatu sidang akhbar pada 1971
Lahir15 Oktober 1926
Poitiers, Perancis
Meninggal dunia25 Jun 1984(1984-06-25) (umur 57)
Paris, Perancis
Zaman20th-century philosophy
AliranContinental philosophy
Pascastrukturalisme
Minat utamaHistory of ideas, epistemologi, epistemologi sejarah, etika, falsafah politik, falsafah sejarah, falsafah teknologi
Idea pentingBiokuasa (biopolitik), institusi displin, Analisis perbincangan, pembentukan diskursif, dispositif, épistème, "genealogy", daya perintah, heterotopia, limit-experience, pengetahuan kuasa, panoptisisme, assujettissement, parrhesia, visibilités
Alma materÉcole Normale Supérieure
Universiti Paris
InstitusiÉcole Normale Supérieure (1951–55)[1]
Université de Lille (1953–54)
Universiti Uppsala
Universiti Warsaw
Institut français Hamburg [de]
Universiti Clermont-Ferrand
Universiti Tunis
Universiti Paris VIII
Collège de France
Universiti Buffalo
University of California, Berkeley
Universiti New York

Paul-Michel Foucault (15 Oktober 1926 – 25 Jun 1984), umumnya dikenali sebagai Michel Foucault [mi-syél fu-ko] ialah seorang filsuf, ahli sejarah idea, ahli teori sosial dan pengkritik sastera dari Perancis.

Teori-teori beliau menyatakan secara utamanya hubungan antara kekuasaan dan pengetahuan serta bagaimana hubungan tersebut digunakan sebagai bentuk kawalan sosial melalui institusi dalam masyarakat. Walaupun Foucault sering disebut sebagai seorang yang berfahaman pascastrukturalisme dan pascamoden, beliau menolak tanggapan ini dan lebih suka mengusulkan buah fikirannya sebagai suatu sejarah moden yang kritis. Pemikiran beliau telah mempengaruhi akademik, terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang kajian komunikasi, sosiologi, kajian budaya, teori sastera, feminisme, dan teori kritikal. Kelompok aktivis turut menemukan teori yang menarik daripada beliau.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup dan pengajian[sunting | sunting sumber]

Pau-Michel[5] lahir pada 15 Oktober 1926 di Poitiers, Perancis, beliau anak kedua daripada tiga adik beradik[6] dalam kalangan keluarga kelas menengah atas.[7] Ayahnya Paul Foucault seorang pakar bedah dan profesor anatomi berasal dari Fontainebleau manakala ibunya seorang tuan tanah di Vendeuvre-du-Poitou yang juga anak seorang doktor kelahiran Poitiers.

Foucault menempuh pendidikan di Lycée Henri-IV[5] di mana beliau mengembangkan minat dalam falsafah dan sejarah selama setahun di bawah pengaruh tutornya Jean Hyppolite, seorang pengikut pemikiran Georg Wilhelm Hegel, dan Louis Althusser. Beliau melanjutkan pendidikannya di École Normale Supérieure di mana beliau menjadi berperwatakan pendiam dan kuat membaca, namun beliau mula menampakkan kecenderungan terhadap benda yang ganas - beliau pernah cuba mengejar seorang rakan sekelas dengan senjata tajam[8] malah pernah cuba membunuh diri sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa Sainte-Anne.[9]

Setelah beberapa tahun bekerja sebagai diplomat budaya di luar negeri, beliau kembali ke Perancis dan menerbitkan buku pertamanya yang terkenal, Madness and Civilization: A History of Insanity in the Age of Reason (Kegilaan dan Ketidakbernalaran: Sejarah pada Masa Klasik).

Setelah mendapatkan pekerjaan antara tahun 1960 dan 1966 di Universitas Clermont-Ferrand, beliau menghasilkan dua publikasi yang signifikan, The Birth of the Clinic (Kelahiran Klinik) dan 'The Order of Things (Perkataan dan Perbendaan), yang menampilkan peningkatan keterlibatannya dengan strukturalisme, gerakan teoretis dalam antropologi sosial yang mana beliau kemudian menjauhkan diri. Tiga sejarah ini adalah contoh teknik historiografi Foucault yang berkembang yang beliau sebut "arkeologi".

Pada usia 25 tahun, Foucault menerima Agregasi dan pada tahun 1952 memperoleh Diploma dalam psikologi.[10] Pada tahun 1950 dia bekerja di rumah Sakit Jiwa dan pada tahun 1955 mengajar di Universiti Uppsala, Sweden.

Kerjaya lanjutan - keterlibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1966 hingga 1968, Foucault melanjutkan pengajiannya sebagai seorang profesor di Universiti Tunis, Tunisia sebelum kembali ke Perancis.[5] Karya pertamanya berjudul Kegilaan dan Ketidakbernalaran: Sejarah pada Masa Klasik, dihasilkan sebagai pemerolehan ijazah kedoktorannya pada tahun 1959 di bawah bimbingan Georges Canguilhem;[10] karya tersebut kemudian diterbitkan pada tahun 1961.[10] Pada tahun 1970, beliau diangkat sebagai dosen Sejarah Sistem Pemikiran di Collège de France, Perancis.[10] Beliau kemudian menjadi ketua jabatan falsafah Université Paris VIII yang baru sahaja didirikan.

Dia juga menjadi aktif dalam sejumlah kelompok sayap kiri yang terlibat dalam kempenanti-rasis, gerakan membantah pelanggaran hak asasi manusia serta perjuangan untuk reformasi pemasyarakatan. Dia melanjutkan untuk mempublikasikan The Archeology of Knowledge (Arkeologi Pengetahuan), Discipline and Punish (Disiplin dan Hukuman), dan The History of Sexuality (Sejarah Keseksualan). Dalam buku-buku ini, beliau mengembangkan metode arkeologi dan genealogi guna mengungkapkan keberadaan dan relasi antara pengetahuan dan kekuasaan dalam masyarakat.

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Foucault meninggal di Paris akibat kompilasi penyakit saraf dibawa oleh HIV/AIDS; beliau merupakan tokoh awam pertama di Perancis yang meninggal akibat penyakit ini. Pasangannya, Daniel Defert, mendirikan sebuah yayasan amal memperingati kekasihnya AIDES ("Bantuan") di mana yayasan ini membantu membebankan penderitaan dialami penghidap penyakit ini melalui pelbagai inisiatif.

Senarai karya utama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alan D. Schrift (2006), Twentieth-Century French Philosophy: Key Themes And Thinkers, Blackwell Publishing, p. 126.
  2. ^ Jacques Derrida points out Foucault's debt to Artaud in his essay "La parole soufflée," in Derrida, Writing and Difference, trans. Alan Bass (Chicago, 1978), m/s. 326 n. 26.
  3. ^ Michel Foucault (1963). "Préface à la transgression," Critique: "Hommage a Georges Bataille", nos 195–6.
  4. ^ Crossley, N. "The Politics of the Gaze: Between Foucault and Merleau-Ponty". Human Studies. 16(4):399–419, 1993.
  5. ^ a b c (Inggeris) The Cambridge Companion to Foucault, New York: Cambridge University Press, 2005
  6. ^ Daniel Defert, « Chronologie », in Dits et écrits, I, Templat:P. : « naissance à Poitiers, au 10 de la rue de la Visitation, plus tard rue Arthur-Ranc ».
  7. ^ Eribon, Didier (1989). Champs biographie: Michel Foucault (dalam bahasa Perancis). Paris: Flammarion. m/s. 16.
  8. ^ Eribon 1991, m/s. 26; Miller 1993, m/s. 45.
  9. ^ Eribon 1991, m/s. 26; Macey 1993, m/s. 27–28; Miller 1993, m/s. 54–55.
  10. ^ a b c d John Lechte, diterjemahkan oleh A Gunawan Admiranto., 50 Filsuf Kontemporer, Yogyakarta: Kanisius, 2001

Pautan luar[sunting | sunting sumber]