Michel Germaneau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Michel Germaneau (78) merupakan jurutera syarikat minyak Algeria , rakyat Perancis. Pada 22 April 2010, beliau ditangkap di utara Nigeria. Sebulan kemudian, AQIM iaitu pejuang jihad memapar gambar dan salinan pasportnya di internet.

Tawanan al Qaeda[sunting | sunting sumber]

Presiden Perancis Nicolas Sarkozy simpati nasib beliau yang menjadi tawanan al-Qaeda di Afrika utara iaitu di Maghribi. Beliau dengan pemandunya telah ditahan di sempadan Nigeria , Mali dan Algeria pada April 2010. Pemandunya telah dibebaskan April lalu. Intelijen SITE berpangkalan di [Amerika Syarikat]] yang memantau laman web Internet Islamis mendapati al-Qaeda di Maghribi Islam (AQIM) telah memberi Perancis tempoh 15 hari untuk mematuhi tuntutan pertukaran tawanan. Kelompok itu memberi amaran 'jangan jadi bodoh seperti Perdana Menteri Britain Gordon Brown yang tidak memenuhi tuntutan membebaskan tahanan Edwin Dyer pada 2009'. Akhirnya Edwin Dyer telah dibunuh pada Jun 2009 .[1][2]

Dua wartawan rakyat Perancis turut ditawan di Afghanistan. Wartawan Herve Ghesquiere dan jurukamera Stephane Taponier dari saluran televisyen France 3 telah ditawan lebih 195 hari. Pelbagai upaya telah dilakukan agar tawanan dapat dibebaskan.

Militan gurun Sahara telah melakukan pelbagai penculikan terhadap rakyat asing. Kiranya tiada tindakan, kawasan ini akan menjadi lebih berbahaya daripada pesisir Somalia dan Yemen.[3]

AQIM juga telah menawan dua rakyat Sepanyol iaitu Albert Vilalta (35) dan Roque Pascual (50) di sempadan Mali, Mauritania dan Algeria pada November 2009. Mereka menuntut wang tebusan jutaan dolar .[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]