Michel Ney
Michel Ney | |
|---|---|
Potret oleh François Gérard, 1805 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Januari 1769 Saarlouis, Kerajaan Beraja Perancis (kini Jerman) |
| Meninggal dunia | 7 Disember 1815 (umur 46) Paris, Kerajaan Beraja Perancis |
| Punca kematian | Dihukum mati dengan skuad penembak |
| Tempat semadi | Perkuburan Père Lachaise |
| Anugerah awam | |
| Tandatangan | |
| Nama panggilan |
|
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | |
| Branch | Tentera Darat Perancis |
| Tahun khidmat | 1787–1815 |
| Pangkat | Marsyal Empayar |
| Pangkalan | |
| Pertempuran | |
Michel Ney, Putera Moskow Pertama, Duke Elchingen Pertama (disebut [miʃɛl nɛ]; 10 Januari 1769 – 7 Disember 1815), ialah seorang panglima perang Perancis dan Marsyal Empayar yang berjuang dalam Perang Revolusioner Perancis dan Perang Napoleon.
Anak kepada seorang pembuat tong kayu di Saarlouis, Ney bekerja sebagai penjawat awam sehingga tahun 1787 sebelum menyertai sebuah rejimen berkuda, sejurus sebelum tercetusnya Revolusi Perancis. Setelah menyerlah sebagai pegawai pasukan berkuda dalam Perang Pakatan Pertama, beliau dengan pantas dinaikkan pangkat dan, menjelang Pertempuran Hohenlinden (1800), beliau telah dilantik sebagai Jeneral Divisyen. Apabila Napoleon mengisytiharkan penubuhan Empayar Perancis, Ney dilantik sebagai salah seorang daripada 18 Marsyal Empayar yang pertama. Beliau memainkan peranan penting dalam kempen-kempen ketenteraan Napoleon selepas itu, termasuk bertempur di Elchingen (1805), Jena–Auerstedt (1806) dan Eylau (1807). Ney memimpin pasukan barisan belakang Perancis semasa pencerobohan Perancis ke atas Rusia yang membawa bencana, dan atas keberaniannya itu beliau dipuji oleh maharaja sebagai "Yang Paling Berani dalam Kalangan Yang Berani."
Selepas kekalahan Napoleon kepada Pakatan Keenam pada tahun 1814, Ney mendesak maharaja supaya turun takhta dan mengikrarkan kesetiaannya kepada restorasi Bourbon. Namun, semasa perang Seratus Hari, beliau kembali menyertai Napoleon. Selepas tewas dalam Pertempuran Waterloo (1815), Ney didakwa atas tuduhan penderhakaan oleh pemerintah Bourbon, lalu dijatuhi hukuman mati oleh skuad penembak.

Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]- 1 Februari 1792 - Maréchal des logis (Sarjan Kavalri)
- 1 April 1792 - Maréchal des logis chef (Ketua Sarjan Kavalri)
- 14 Jun 1792 - Adjudant sous-officer (Pegawai Tidak Tauliah Kanan).
- 29 Oktober 1792 - Sous-lieutenant (Leftenan Muda)
- 5 November 1792 - Lieutenant (Leftenan)
- 26 April 1794 - Capitaine (Kapten)
- 1 Ogos 1794 - Chef d'escadron (Mejar Kavalri)
- 9 September 1794 - Lieutenant colonel (Leftenan Kolonel)
- 15 Oktober 1794 - Colonel (Kolonel)
- 1 Ogos 1796 - Général de brigade (Jeneral Briged)
- 28 Mac 1799 - Général de division (Jeneral Divisyen)
- 19 Mei 1804 - Maréchal d'Empire (Marsyal Empayar)
- 19 Mac 1808 - Dianugerahkan gelaran Duke Elchingen (Duc d'Elchingen)
- 8 Februari 1813 - Dianugerahkan gelaran Putera Moscow (Prince de la Moskowa)
- 4 Jun 1814 - Dilantik Ahli Dewan Bangsawan Perancis
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Atteridge, A. Hilliard (1912). Marshal Ney: The Bravest of the Brave. London: Methuen.
- Bellemare, Pierre; Nahmias, Jean-François (2009). La Terrible vérité: 26 grandes énigmes de l'histoire enfin résolues (dalam bahasa Perancis). Albin Michel. m/s. 149. ISBN 978-2-226-19676-7.
- Chandler, David (1999). Dictionary of the Napoleonic wars. Wordsworth editions.
- Coustumier, Jacques Le (2011). Le Maréchal Victor (dalam bahasa Perancis). Nouveau Monde éditions. m/s. 267. ISBN 978-2-36583-087-4.
- Gates, David (2003). The Napoleonic Wars, 1803–1815. Pimlico.
- Markham, J. D. (2003). Napoleon's Road to Glory: Triumphs, Defeats, and Immortality. Brassey’s.
- Parry, D. H. (1901). Battles of the Nineteenth Century. 1 (ed. special). London, Paris, New York and Melbourne: Cassell and Company. m/s. 68.
- Roberts, A. (2005). Waterloo, June 18, 1815: The Battle for Modern Europe. Harper-Collins.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Dawson, Paul L. Marshal Ney at Quatre Bras: New Perspectives on the Opening Battle of the Waterloo Campaign (Pen and Sword, 2017).
- Kurtz, Harold (1957). The Trial of Marshal Ney: His Last Years and Death. New York: Alfred A. Knopf.
- R. F. Delderfield (1966) Napoleon's Marshals
| Bangsawan Perancis | ||
|---|---|---|
| Gelaran baharu | Putera Moskow 1813–1815 |
Diikuti oleh: Napoléon Joseph Ney |
| Duke Elchingen 1808–1815 |
Diikuti oleh: Michel Louis Félix Ney | |