Miguel Layún

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miguel Layún
Maklumat peribadi
Nama penuh Miguel Arturo Layún Prado
Tarikh lahir (1988-06-25) 25 Jun 1988 (umur 35)
Tempat lahir Córdoba, Mexico
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Monterrey
Nombor 19
Kerjaya remaja
2003–2006 Veracruz
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2009 Veracruz 31 (0)
2009–2010 Atalanta 2 (0)
2010–2014 América 142 (15)
2015–2016 Watford 20 (1)
2015–2016Porto (pinjam) 27 (5)
2016–2018 Porto 23 (1)
2018Sevilla (pinjam) 16 (2)
2018–2019 Villarreal 8 (0)
2019– Monterrey 22 (2)
Pasukan kebangsaan
2013– Mexico 57 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 September 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Oktober 2017

Miguel Arturo Layún Prado (lahir 25 Jun 1988) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Monterrey dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Veracruz[sunting | sunting sumber]

Layún memulakan kerjaya profesionalnya di Veracruz pada 2006. Beliau membuat debut untuk pasukannya di divisyen pertama ketika kejohanan Clausura 2007 pada 28 April menentang Necaxa. Perlawanan itu berkesudahan seri 1–1.

Atalanta[sunting | sunting sumber]

Selepas menghabiskan masanya di Veracruz, Layún berpindah ke kelab Itali, Atalanta Bergamasca Calcio dengan harga €625,000. Perpindahan Layún itu merupakan pemain Mexico pertama ke kelab Serie A.[1][2]

Miguel Layún membuat debut Serie A pada 27 September 2009 menentang Chievo, pasukannya seri 1-1. Beliau menggantikan Jaime Valdés pada minit ke-82 membuatkan beliau menjadi pemain pertama Mexico yang pernah bermain di Serie A.[3] Layún hanya membuat dua penampilan liga ketika musim pertamanya bersama Atalanta. Selepas enam bulan di Itali, beliau berpindah ke Club América pada 2010.

América[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Disember 2009, Layún dilaporkan telah berpindah ke Club América untuk kejohanan Clausura 2010]]. Beliau menjadi pemain kedua yang ditandatangani kelab semasa perpindahan musim sejuk.[4]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk América ketika perlawanan pertama suku akhir menentang Toluca, di mana keputusan berkesudahan seri 2–2.

Pada 26 Mei 2013, Layún menyudahkan sepakan penalti yang terakhir ketika menentang Cruz Azul dalam perlawanan akhir Clausura 2013. Akhirnya, pasukannya menjuarai kejohanan itu dan beliau memengani kejohanan liga itu buat pertama kali dalam kerjayanya.

Pada 2 Ogos 2014, beliau menjadi kapten pasukan dalam perlawanan liga menentang Puebla, di mana América menang besar 4–0.[5]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, Layún menerima panggilan pertama untuk sertai pasukan kebangsaan oleh jurulatih José Manuel de la Torre selepas aksi beliau bersama Club América ketika kejohanan Clausura.

Layún dimasukkan dalam skuad Mexico yang beraksi di Piala Emas CONCACAF 2013 di Amerika Syarikat. Beliau membuat debut pada 11 Julai dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Kanada.

Layún dipanggil sekali lagi oleh jurulatih Víctor Manuel Vucetich untuk mengambil bahagian dalam dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia menentang Panama dan Costa Rica. Layún bermain dalam perlawanan menentang Panama namun terlepas menentang Costa Rica. Beliau sekali lagi oleh jurulatih baru Mexico, Miguel Herrera iaitu jurulatihnya di Club América. Beliau bermain dalam perlawanan pertama play-off menentang New Zealand di mana beliau membuat dua hantaran kepada Oribe Peralta untuk menang besar 5-0 di Estadio Azteca. Mexico akhirnya layak ke Piala Dunia FIFA 2014 selepas membenam New Zealand dengan skor agregat 9-3.

Pada 8 Mei, Layún termasuk dalam skuad 23 pemain Mexico yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau membuat debut Piala Dunia pada 13 Jun menentang Cameroon dengan bermain sebagai bek kiri. Mexico menang 1-0. Layún bermain kesemua perlawanan Mexico di Piala Dunia.

Sehingga 9 Oktober 2014
Pasukan kebangsaan Mexico
Tahun Kmncln Gol
2013 10 0
2014 12 3
Jumlah 22 3

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
28 Mei 2014 Mexico City, Mexico  Israel 1–0 3–0 Persahabatan
2
2–0
3
9 September 2014 Commerce City, Amerika Syarikat  Bolivia 1–0 1–0 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

América

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.goal.com/en-us/news/114/mexico/2009/09/28/1528117/layun-makes-history-in-atalantas-serie-a-match
  2. ^ http://www.goal.com/en-us/news/114/mexico/2009/06/20/1336415/mexican-youngster-layun-bound-for-italy
  3. ^ http://www.mediotiempo.com/futbol/mexico/noticias/2009/09/27/layun-feliz-por-haber-debutado-en-italia
  4. ^ "Miguel Layún y Alonso Sandoval al América". Medio Tiempo. Dicapai pada 21 December 2009.
  5. ^ http://futbol.univision.com/article/2029014/2014-07-17/mexico/america-probara-a-cuatro-capitanes-sambueza-layun-aguilar-y-el-topo