Miiko Albornoz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Miiko Albornoz
Miiko Albornoz.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhMiiko Martín Albornoz Inola
Tarikh lahir (1990-11-30) 30 November 1990 (umur 28)
Tempat lahirStockholm, Sweden
Ketinggian1.80 m (5 ka 10+78 in)
Posisi permainanPertahanan / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniHannover 96
Nombor3
Kerjaya remaja
1994–2007IF Brommapojkarna
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2007–2011IF Brommapojkarna82(9)
2011–2014Malmö FF68(4)
2014–Hannover 965(0)
Pasukan kebangsaan
2005–2007Sweden B1714(0)
2007–2009Sweden B1913(0)
2009–2012Sweden B2111(0)
2014–Chile4(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 Mei 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22 Januari 2014

Miiko Martín Albornoz Inola (lahir 30 November 1990) merupakan pemain bola sepak Chile kelahiran Sweden yang kini bermain untuk Hannover 96. Beliau bermain di posisi sayap ataupun di pertahanan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Albornoz dilahirkan di Stokholm, Sweden. Bapanya berbangsa Chile manakala ibunya merupakan orang Finland.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Brommapojkarna[sunting | sunting sumber]

Albornoz memulakan kerjayanya selama empat tahun di akademi IF Brommapojkarna sebelum memasuki pasukan senior pada 2007. Beliau mula bermain divisyen utama, Allsvenskan pada 2009.

Malmö FF[sunting | sunting sumber]

Albornoz menandatangani kontrak empat tahun bersama juara Sweden, Malmö FF pada 14 Ogos 2011. Beliau menyarung jersi nombor 14 dan membuat debut ketika menang 2-1 ke atas GAIS Göteborg pada perlawanan liga pada 20 Ogos 2011.

Pada musim 2012, Albornoz diletakkan di posisi pemain sayap kanan. Albornoz menjadi pemain terbaik perlawanan ketika menentang AIK pada 2 Julai. Pada 27 Ogos, Albornoz menjaringkan gol pertamanya untuk Malmo melalui sepakan voli ketika menentang GIF Sundsvall. Albornoz telah bermain 27 perlawanan dan menjaringkan tiga gol untuk Malmo pada 2012.

Albornoz menukar jersi 14 kepada nombor 3 untuk musim 2013. Pada 22 April 2013, beliau membuat penampilan pertama musim menentnag Östers IF. Albornoz bermain kesemua perlawanan Malmo pada kempen kelayakan Liga Europa UEFA 2013-14. Beliau dinobatkan sebagai pemain pertahanan terbaik sepanjang liga musim 2013.

Ketika musim 2014, Albornoz bermain sembilan dari 12 perlawanan sebelum aksi Piala Dunia FIFA 2014 dan beliau berpindah ke Hannover. Beliau bermain kesemua perlawanan pada kempen Piala Sweden 2013-14 sebelum pasukannya tersingkir pada separuh akhir.

Hannover[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Jun 2014, pemindahan Albornoz ke Hannover diumumkan. Pemindahan itu dilengkapkan pada 1 Julai 2014 ketika pemindahan dibukia. Albonoz di Brazil untuk mewakili pasukan kebangsaan Chile pada Piala Dunia 2014 dan pada yang sama, hari pemindahan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sweden[sunting | sunting sumber]

Di antara tahun 2005 dan 2013, Albornoz bermain pada skuad remaja Sweden. Beliau bermain pada setiap kategori dari bawah-17 sehingga bawah-21 tetapi tidak memasuki pasukan senior. Pada Disember 2013, Erik Hamren memanggil Albornoz untuk sebahagian daripada skuad senior untuk perlawanan persahabatan di Timur Tengah. Beliau menolak panggilan itu.

Chile[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2013, Albornoz mengatakan pada media bahawa beliau akan bermain untuk pasukan kebangsaan Chile pada perlawanan persahabatan menentang Jerman pada 5 Mac. Tetapi jurulatih Jorge Sampaoli memanggil Albornoz untuk perlawanan persahabatan menentang Costa Rica pada 22 Januari. Beliau menolak untuk memasuki skuad Sweden tetapi beliau memilih Chile kerana ada peluang untuk beraksi di Piala Dunia 2014. Albornoz membuat debut untuk Chile menentang Costa Rica dan menjaringkan gol pembukaan, Chile menang 4-0. Pada 13 Mei 2014, beliau dipanggil untuk senarai 30 pemain ke Piala Dunia.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 22 Julai 2014
Pasukan kebangsaan Chile
Tahun Kmncln Gol
2014 2 1
Jumlah 2 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
22 Januari 2014 Coquimbo, Chile  Costa Rica
1–0
4–0
Persahabatan

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 12 Mei 2014
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sweden IF Brommapojkarna 2007 0 0 0 0
2008 16 6 16 6
2009 29 1 29 1
2010 18 0 0 0 18 0
2011 19 2 3 0 22 2
Jumlah 82 9 3 0 85 9
Sweden Malmö FF 2011 6 0 0 0 2 0 8 0
2012 27 3 1 0 28 3
2013 26 1 0 0 6 1 32 2
2014 9 0 5 0 0 0 14 0
Jumlah 68 4 6 0 8 1 82 5
Jerman Hannover 2014–15 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 150 13 9 0 8 1 167 14


Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Malmö FF

Pautan luar[sunting | sunting sumber]