Mike Capuano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michael Capuano
Michael Capuano
Michael Capuano
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari daerah ke-8, Massachusetts
Tempoh  Jawatan:
1999-sekarang
Parti politik:

Demokrat

Didahului  oleh: Joseph P. Kennedy II
Digantikan  dengan: Penyandang
Lahir: 9 Januari 1952
Somerville, Massachusetts

Michael Everett "Mike" Capuano (lahir 9 Januari 1952) ialah ahli politik Amerika Syarikat dan Parti Demokrat serta ahli Perwakilan Demokrat yang mewakili Daerah Kongres ke-8 Massachusetts. (Peta Diarkibkan 2006-11-16 di Wayback Machine).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lahir di Somerville, Massachusetts kepada ibu Rita Garvey Capuano dan bapa Andrew Capuano, Michael menghadiri Sekolah Tinggi Somerville dan lulus pada tahun 1969. Beliau menerima ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Kolej Dartmouth pada tahun 1973, dan Sarjana dalam Undang-undang daripada Pusat Pengajian Undang-undang Kolej Bostonl pada tahun 1977.

Capuano berkahwin dengan Barbara Teebagy Capuano, juga seorang lulusan Sekolah Tinggi Somerville yang memperoleh ijazah Sarjana Sains dari Kolej Boston pada tahun 1974, dan akhirnya menjadi Akauntan Raya Bertauliah. Perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua orang anak, iaitu Joseph dan Michael.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Memegang jawatan yang dahulu dijawat oleh ayahnya, Capuano berkhidmat sebagai Alderman untuk Wad Lima di Somerville dari tahun 1977 hingga tahun 1979. Beliau kemudian menjadi Alderman-at-Large, dan bertugas selama dua penggal antara tahun 1985 hingga tahun 1989. Capuano menjadi datuk bandar Somerville dari Januari 1990 hingga Disember 1998.

Dipilih ke Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada tahun 1998, Capuano kini berkhidmat dalam penggal keempatnya. Sebagai ahli untuk kedua-dua jawatankuasa Dewan Perwakilan, iaitu Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur serta ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan, beliau juga berkhidmat dalam pasukan Pimpinan Demokrat Dewan sebagai ahli Jawatankuasa Pemandu dan Dasar Demokrat.

Capuano hendak mencuba masuk senat Amerika Syarikat - jawatan bekas Ted Kennedy.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Joseph Patrick Kennedy II
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari daerah kongres Massachusetts ke-8

1999 – kini
Pemegang jawatan kini
Perwakilan Massachusetts ke Kongres Amerika Syarikat
Senator: Edward Kennedy (D), John Kerry (D)

Wakil: John Olver (D), Richard Neal (D), Jim McGovern (D), Barney Frank (D), Marty Meehan (D), John F. Tierney (D), Ed Markey (D), Mike Capuano (D), Stephen Lynch (D), Bill Delahunt (D)


Semua perwakilan: AlabamaAlaskaArizonaArkansasCaliforniaColoradoConnecticutCarolina Selatan Carolina UtaraDakota SelatanDakota UtaraDelawareFloridaGeorgiaHawaiiIdahoIllinoisIndianaIowaKansasKentuckyLouisianaMaineMarylandMassachusettsMichiganMinnesotaMississippiMissouriMontanaNebraskaNevada New HampshireNew JerseyNew MexicoNew YorkOhioOklahomaOregonPennsylvaniaPulau RhodeTennesseeTexasUtahVermontVirginiaVirginia BaratWashingtonWisconsinWyomingDaerah ColumbiaGuam Kepulauan VirginPuerto RicoSamoa Amerika