Miklós Horthy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Miklós Horthy

de Nagybánya
Potret rasmi Miklós Horthy
Pemangku Raja Hungary
Dalam jawatan
1 Mac 1920 – 15 Oktober 1944
Perdana MenteriKároly Huszár
S. Simonyi-Semadam
Pál Teleki
István Bethlen
Gyula Károlyi
Gyula Gömbös
Kálmán Darányi
Béla Imrédy
Pál Teleki
F. Keresztes-Fischer (pemangku)
László Bárdossy
F. Keresztes-Fischer (pemangku)
Miklós Kállay
Döme Sztójay
Géza Lakatos
TimbalanIstván Horthy (1942)
Didahului olehKároly Huszár (pemangku)
Digantikan olehFerenc Szálasia
Butiran peribadi
LahirMiklós Horthy de Nagybánya
(1868-06-18)18 Jun 1868
Kenderes, Austria-Hungary
Meninggal dunia9 Februari 1957(1957-02-09) (umur 88)
Estoril, Portugal
PasanganMagdolna Purgly
Anak-anakMagdolna (b. 1902)
Paula (b. 1903)
István (b. 1904)
Miklós (b. 1907)
HubunganBapa:
István Horthy
Ibu:
Paula Halassy

a. Sebagai "Pemimpin Negara".

Miklós Horthy de Nagybánya (Hungary: Vitéz[1] nagybányai Horthy Miklós; Sebutan Hungary:ˈviteːz ˈnɒɟbaːɲɒi ˈhorti ˈmikloːʃ; Inggeris: Nicholas Horthy;[2] Jerman: Nikolaus Horthy Ritter von Nagybánya; 18 Jun 1868 – 9 Februari 1957) adalah seorang Laksamana Madya (Vizeadmiral) berbangsa Hungary dan negarawan, yang berkhidmat sebagai Pemangku Raja Kerajaan Hungary antara Perang Dunia I dan II dan di sebahagian besar Perang Dunia II, dari 1 Mac 1920 hingga 15 Oktober 1944. Beliau telah digelar "Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kerajaan Hungary" (Bahasa Hungary: Ő Főméltósága a Magyar Királyság Kormányzója).

Horthy memulakan kerjayanya sebagai Leftenan Muda (Fregattenleutnant) dalam Tentera Laut Austria-Hungary pada tahun 1896 dan mencapai pangkat Laksamana Muda (Konteradmiral) pada tahun 1918. Beliau berkhidmat dalam Serangan Otranto dan dalam Pertempuran Selat Otranto dan menjadi Panglima Tentera Laut Austria-Hungary pada tahun terakhir Perang Dunia I. Pada tahun 1919, selepas beberapa siri revolusi dan campurtangan di Hungary yang melibatkan Republik Soviet Hungary, Romania, Czechoslovakia, dan Yugoslavia dalam jangka masa pendek, Horthy kembali ke Budapest bersama Tentera Nasional dan menubuhkan pemerintahan pemangku raja. Horthy memimpin kerajaan konservatif nasional[3] disepanjang zaman antara perang, mengharamkan parti komunis dan parti Arrow Cross fasis, serta meneruskan dasar luar irredentist bagi menghadapi Perjanjian Trianon. Charles IV gagal mendapatkan semula takhtanya sebanyak dua kali daripada Horthy sehingga, dalam tahun 1921, parlimen secara rasmi membatalkan persetujuan pragmatik, berkesan menurunkan tahkta raja Habsburg.

Pada era 1930an, dasar luar Horthy menyebabkan beliau bersahabat dengan Jerman Nazi. Dengan bantuan Adolf Hitler, Horthy dapat menuntut semula tanah etnik Hungary yang hilang selepas Perang Dunia I dalam empat peristiwa yang berasingan. Dibawah kepimpinan Horthy, Hungary terlibat dalam pencerobohan Soviet Union dan Yugoslavia. Walau bagaimanapun, keengganan Horthy untuk menyumbang kepada usaha perang Jerman dan kepada pengusiran Yahudi Hungary, ditambah dengan percubaan untuk mengadakan perjanjian rahsia bersama pihak Bersekutu, akhirnya menyebabkan pihak Jerman menceroboh dan menguasai negara tersebut pada Mac 1944. Pada Oktober 1944, Horthy mengumumkan Hungary akan menyerah kalah dan menarik diri dari Kuasa Paksi. Beliau telah dipaksa meletakkan jawatan, ditangkap dan dibawa ke Bavaria. Pada pengakhiran perang, beliau berada dibawah tahanan tentera Amerika.

Selepas muncul sebagai saksi di perbicaraan jenayah perang Nuremberg pada tahun 1948, Horthy menetap dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya dalam buangan di Portugal. Memoirnya, Ein Leben für Ungarn (A Life for Hungary),[4] telah mula diterbitkan pada tahun 1953. Beliau telah dilihat sebagai tokoh sejarah kontroversi dalam kontemporari Hungary.[5][6][7][8]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Vitéz" refers to a Hungarian knightly order founded by Miklós Horthy ("Vitézi Rend"); literally, "vitéz" means "knight" or "valiant".
  2. ^ Owen Rutter, Averil Mackenzie-Grieve, Lily Doblhoff (baroness.): Regent of Hungary: the authorized life of Admiral Nicholas Horthy
  3. ^ John Laughland: A History of Political Trials: From Charles I to Saddam Hussein, Peter Lang Ltd, 2008 [1]
  4. ^ Miklos Horthy (2011). A life for Hungary : memoirs. Ishi Press International. ISBN 978-4-87187-913-2. OCLC 781086313.
  5. ^ Romsics, Ignác. "Horthy-képeink". Mozgó Világ Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-19. Dicapai pada 14 July 2014.
  6. ^ Simon, Zoltán (13 June 2012). "Hungary Lauds Hitler Ally Horthy as Orban Fails to Stop Hatred". Bloomberg. Dicapai pada 15 July 2014.
  7. ^ Verseck, Keno (6 June 2012). "'Creeping Cult': Hungary Rehabilitates Far-Right Figures". Spiegel Online International. Dicapai pada 15 July 2014.
  8. ^ "His contentious legacy". The Economist (9 Nov. 2013). 9 Nov 2013. Dicapai pada 14 July 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bodó, Béla, Paramilitary Violence in Hungary After the First World War. East European Quarterly, No. 2, Vol. 38, 22 June 2004
  • Gilbert, Martin (1981). Auschwitz and the Allies: A Devastating Account of How the Allies Responded to the News of Hitler's Mass Murder. First published 1981, this edition Holt Paperbacks 1990. ISBN 0-8050-1462-4
  • Kovács, Attila Ótott (2006). Die ungarischen Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes. Ranis: Scherzers Militaer-Verl. ISBN 978-3-938845-02-8.
  • John Flournoy Montgomery, The Unwilling Satellite, New York, The Devin-Adair Company 1947, ISBN 1-931313-57-1
  • Owen Rutter, Regent of Hungary: The Authorized Life of Admiral Nicholas Horthy London, Rich and Cowan, 1938
  • Aleksandar Veljic, Miklós Horthy: Unpunished Villain (sr: Milkoš Horti: Nekažnjeni zločinac), 2009.
  • Thomas Sakmyster, Hungary's Admiral on Horseback. East European Monographs, Boulder, CO 1994. ISBN 0-88033-293-X

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Zoltán Szabó
Menteri Perang Kerajaan Berlawanan
1919
Diikuti oleh:
Ferenc Schnetzer
Didahului oleh
Károly Huszár
sebagai Pemangku Ketua Negara
Pemangku Raja Hungary
1920–1944
Diikuti oleh:
Ferenc Szálasi
sebagai Pemimpin Negara
Pegawai tentera
Didahului oleh
Maximilian Njegovan
Panglima Armada Tentera Laut Austria-Hungary
1918
Diikuti oleh:
Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Pengasas
Kapten Jeneral Darjah Vitéz
1920–1957
Diikuti oleh:
Archduke Joseph August