Mikoplasma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mycoplasma
Mycoplasma haemofelis
Pengelasan saintifik
Domain: Bacteria
Filum: Tenericutes
Kelas: Mollicutes
Order: Mycoplasmatales
Famili: Mycoplasmataceae
Genus: Mycoplasma
Nowak 1929
Mycoplasmosis
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10 A49.3
ICD-9 041.81
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Mikoplasma (Mycoplasma) merupakan sebuah genus bakteria yang kekurangan dinding sel di keliling membran sel.[1] Tanpa dinding sel, ia tidak dipengaruhi oleh kebanyakan antibiotik umum seperti penisilin atau antibiotik beta-laktam lain yang menyasarkan sintesis dinding sel. Ia boleh berlaku parasit atau saprotrofik. Beberapa spesies bersifat patogen terhadap manusia, termasuk M. pneumoniae yang merupakan punca utama radang paru-paru atipikal dan lain-lain gangguan pernafasan, serta M. genitalium yang diyakini terlibat dalam penyakit radang pelvis. Spesies-spesies Mycoplasma merupakan sel bakteria terkecil yang diketahui setakat ini.[2] Ia boleh hidup tanpa oksigen, boleh terdapat dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, M. genitalium berbentuk kelalang (kira-kira 300 x 600 nm), sementara M. pneumoniae lebih memanjang (kira-kira 100 x 1000 nm). Terdapat ratusan spesies yang menjangkiti haiwan.[3]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Penyebaran penyakit[sunting | sunting sumber]

Antigen P1 adalah faktor kemudaratan utama mikoplasma. P1 adalah protein berkaitan membran membolehkan kelekatan pada sel-sel epitelium. Reseptor P1 juga ternyata pada eritrosit yang boleh membawa kepada aglutinasi autoantibodi dari jangktian mikobakteria.[4] Sesetengah spesies Mycoplasma spesies boleh menyebabkan penyakit, termasuk M. pneumoniae yang merupakan punca utama keradangan paru-paru atipikal, dan M. genitalium yang dikaitkan dengan penyakit radang pelvus. Jangkitan mikoplasma pada manusia berkaitan dengan letusan kulit dalam 17% kes.[5] :293

Penyakit kelamin[sunting | sunting sumber]

Spesies Mycoplasma dan Ureaplasma bukan sebahagian daripada flora faraj yang normal. Sesetengah spesies Mycoplasma tersebar melalui hubungan seksual.

Kemandulan[sunting | sunting sumber]

Beberapa mycoplasmae memiliki efek pada kesuburan.[6] M. hominis menyebabkan kemandulan lelaki atau alat kelamin radang pada manusia.

Kematian bayi[sunting | sunting sumber]

Bayi yang lahir sebelum masa (preterm) malah kurang berat badan terdedah kepada jangkitan Mycoplasma.

Kaitan dengan kanser[sunting | sunting sumber]

Sesetengah spesies Mycoplasma sering dikesan dalam pelbagai jenis kanser sel.[7][8][9] Antaranya:

Kebanyakan mikoplasma ini menunjukkan hubung kait yang kukuh dengan transformasi sel mamalia in vitro yang memudaratkan.

Jangkitan Mycoplasma dan transformasi sel perumah[sunting | sunting sumber]

Kehadiran Mycoplasma pertama kali dilaporkan dalam sampel kanser tisu pada tahun 1960-an. Sejak itu, beberapa kajian cuba mencari dan membuktikan kaitan antara Mycoplasma dan kanser, serta bagaimana bakteri mungkin terlibat dalam pembentukan kanser. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa sel-sel yang kronik dijangkiti dengan bakteria melalui transformasi berperingkat-peringkat. Perubahan disebabkan oleh jangkitan mikoplasma kronik secara beransur-ansur malah bersifat morfologi dan genetik sekaligus. Tanda jangkitan nyata yagn pertama ialah ketika sel-sel beransur-ansur bertukar bentuk daripada normal kepada sabit. Ia juga menjadi hyperkromatik disebabkan peningkatan DNA dalam nukleus sel-sel. Di peringkat lanjuut, sel-sel tidak memerlukan lagi sokongan yang kukuh untuk tumbuh dan berkembang dan juga sel penyekat laku yang bergantung kepada sentuhan normal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Wikidata link.PNG
  1. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  2. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  3. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  4. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  5. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  6. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  7. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  8. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  9. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  10. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  11. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  12. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  13. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  14. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  15. ^ Petikan kosong (bantuan) 
  16. ^ Petikan kosong (bantuan)