Mikroevolusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mikroevolusi ialah peristiwa berlakunya perubahan skala kecil pada frekuensi alel suatu populasi selama beberapa generasi. Ia juga disebut sebagai "perubahan di bawah tingkat spesies".[1] Perubahan ini disebabkan oleh empat proses yang berbeza: mutasi, pemilihan (baik yang semula jadi mahupun buatan), aliran gen, dan hanyutan genetik.

Genetik populasi ialah cabang biologi yang memberikan struktur matematik kajian proses mikroevolusi. Genetik ekologi berfokus pada peristiwa mikroevolusi dalam persekitaran. Umumnya evolusi yang terpantau ialah contoh mikroevolusi, misalnya bakteria yang mendapatkan ketahanan antibiotik.

Mikroevolusi dapat dikontraskan dengan makroevolusi, yang merupakan peristiwa terjadinya perubahan skala besar pada frekuensi gen dalam suatu populasi selama tempoh geologi yang panjang. Perbezaan ini pada dasarnya hanya berbeza pada pendekatan yang dilakukan sahaja. Mikroevolusi bersifat pengurangan, manakala makroevolusi bersifat holistik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]