Mikrokredit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mikrokredit ialah suatu pelanjutan kepada pinjaman yang sangat kecil (mikropinjaman) kepada peminjam miskin yang kekurangan kolateral atau cagaran, pekerjaan yang tetap atau sejarah kredit yang boleh disahkan - kebanyakan penerima kredit jenis ini buta huruf lalu tidak dapat mengisi borang yang diperlukan bagi mendapatkan pinjaman yang konvensional. Kredit ini merupakan sebahagian daripada sistem mikrokewangan, dan ia direka untuk menggalakkan keusahawanan serta meringankan beban kemiskinan para peminjam.

Konsep kredit ini mula-mula didatangkan daripada Bank Grameen di Bangladesh pada tahun 1983[1] yang turut diikuti bank-bank tradisional kemudiannya. Sebanyak 74 juta orang dianggarkan telah memilik mikropinjaman yang berjumlah sebanyak 38 bilion USD setakat 2009. Bank Grameen sendiri melaporkan bahawa kadar pembayaran lengkap dicatakan antara 95 hingga 98 peratus.[2] Mikrokredit digunakan secara meluas setakat tahun 2012 di negara-negara membangun yang ditunjukkan mempunyai "potensi yang sangat besar untuk meringkankan beban kemiskinan."[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bateman, Milford (2010). Why Doesn't Microfinance Work?. Zed Books. 
  2. ^ "What We Do - Grameen Foundation - Connecting the World's Poor to Their Potential". 
  3. ^ Cons, Jason; Paprocki, Kasia (musim sejuk 2008). "The Limits of Microcredit—A Bangladeshi Case". Food First Backgrounder. Institute for Food and Development Policy. Diarkibkan daripada original pada 16 Januari 2012 – melalui Food First.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]