Military Merit Cross (Bavaria)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Military Merit Cross Kelas ke-2 berserta Mahkota dan Pedang pada reben bagi pegawai tentera bukan kombatan
Sijil Military Merit Cross Kelas ke-3 berserta Mahkota dan Pedang (1918)

Military Merit Cross Bavaria atau Salib Kepujian Tentera (Militär-Verdienstkreuz) adalah anugerah utama kerajaan Bavaria untuk keberanian dan kepujian bagi anggota lain-lain pangkat. Ia bertujuan "untuk memberi kepujian luar biasa kepada pegawai tanpa tauliah, askar, dan pegawai berpangkat paling rendah."[1] Ia pada asalnya dizahirkan pada 19 Julai 1866 sebagai Military Merit Order Kelas ke-5, yang merupakan anugerah utama untuk keberanian dan merit tentera bagi pegawai dan pegawai berpangkat paling tinggi. Orang awam yang bertindak membantu tentera juga layak mendapat anugerah ini.

Military Merit Cross berkedudukan selepas Military Merit Medal Emas dan Perak (dinamakan semula Bravery Medal pada tahun 1918), yang merupakan pingat tertinggi Bavaria untuk pegawai tanpa tauliah dan lain-lain pangkat.

Pingat tersebut berbentuk Maltese cross dengan bulatan di tengah. Dibahagian depan bulatan tengah terdapat huruf "L" bermaksud Raja Ludwig II ditengah-tengah dan perkataan "MERENTI" pada tepi bulatan. Dibahagian belakang pingat terdapat gambar singa Bavaria berserta tarikh pengzahiran, "1866", pada bulatan. Bulatan tengah telah di enamel (Military Merit Cross yang asal berbeza dari Military Merit Order Knight Kelas ke-2 hanya dengan mempunyai warna perak bukannya enamel biru).

Penerima pertama ialah Gendarm Johann Winter, yang menerima Military Merit Cross dalam Armee-Befehl (Perintah Tentera Darat) bertarikh 20 Ogos 1866[2]

Bavaria Military Merit Cross mengalami tiga kali penyemakan utama. Pada Februari 1891, anugerah berserta pedang telah diluluskan untuk membezakan anugerah masa perang, samada untuk keberanian atau merit tentera, dari anugerah masa aman.[3] Ia dibuat secara retroaktif untuk anugerah masa perang semasa Perang Austria-Prusia 1866 dan Perang Perancis-Prusia 1870-71.

Pada tahun 1905, statut Military Merit Order disemak semula dan Military Merit Cross telah dibahagikan kepada dua kelas.[4] Military Merit Cross yang lama menjadi Military Merit Cross Kelas Pertama, dan kelas ke-2 yang baru telah dizahirkan tetapi tidak mempunyai enamel pada bulatan tengah. Perbezaan kelas berdasarkan pada pangkat penerima.

Pada tahun 1913, satu lagi semakan semula statut Military Merit Order membahagikan Military Merit Cross kepada tiga kelas. Kelas ke-2 yang lama bukan enamel menjadi Kelas ke-3 dan telah ditukar dari perak ke gangsa. Kelas Pertama yang lama menjadi Kelas ke-2. Kelas Pertama yang baru sama dengan Kelas ke-2 melainkan ia disadur emas bukannya perak. Disamping itu, kesemua kelas telah diluluskan untuk penganugerahan berserta mahkota. Mahkota boleh digunakan untuk anugerah kedua kepada pegawai tanpa tauliah atau askar yang telahpun menerima kelas tertentu dan pangkat yang dihalang penganugerahan kelas yang lebih tinggi, atau untuk mengiktiraf merit yang lebih besar. Terdapat 12 kombinasi yang efektif: 3 kelas masing-masing berserta atau tanpa mahkota, dan masing-masing berserta atau tanpa pedang. Dua kelas ini jika diambil kira mungkin terdapat dua reben, satu untuk askar dan satu untuk pegawai (Beamtenband).

Perang Dunia I meletus pada tahun berikutnya, dan Military Merit Cross menjadi anugerah utama Bavaria untuk keberanian dan merit oleh askar lain-lain pangkat, kira-kira setaraf dengan Iron Cross Prusia (tidak seperti Iron Cross, kelas-kelas Military Merit Cross diberikan berdasarkan pangkat). Menurut satu sumber, jumlah kelas kesemua anugerah ialah 380,976.[5] Lebih kurang 290,000 adalah Kelas ke-3 berserta Pedang dan kira-kira 73,000 Kelas ke-3 berserta Mahkota dan Pedang, iaitu dua gred paling rendah. Military Merit Cross tidak digunakan lagi selepas keruntuhan Empayar Jerman dan Kerajaan Beraja Bavaria pada tahun 1918, walaupun kerajaan Bavaria terus memproses anugerah sehingga tahun 1920.

Penerima terkenal[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]