Milo Dinosaur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Milo Dinosaur
Cup of Milo Dinosaur June 29, 2013.jpg
JenisMinuman coklat sejuk
PerisaMinuman coklat manis

Milo Dinosaur atau Milo Tabur ialah minuman Malaysia dan Singapura, yang terdiri daripada segelas minuman Milo ais (minuman malt coklat) dengan serbuk Milo yang ditaburkan di atasnya. Serbuk Milo ini akan terapung dipermukaan minuman dan membentuk bukit kecil.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Menurut wartawan untuk The New Paper, "Dinosaur" bermakna "timbunan serbuk Milo atau Horlicks pada minuman ais".[1]

Sejarah dan penyediaan[sunting | sunting sumber]

Juga dikenali sebagai "Milo Godzilla" dan "Ta Chiu,"[2] minuman ini diperbuat dengan menambah serbuk Milo dalam segelas minuman Milo ais.[3] Serbuk yang ditambah mungkin sesudu atau berlebihan mengikut citarasa pembeli.[4] Minuman ini boleh didapati di Malaysia dan Singapura.

Kesan kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Biasanya dijual di gerai Mamak,[5] Milo Dinosaur boleh dipesan dan dinikmati bersama roti canai. Minuman ini dianggap murah di Singapura. Milo Dinosaur mengilhamkan penciptaan kek cawan Milo Godzilla", yang terdapat di kedai-kedai pastri di Singapura.[6][7] Milo Dinosaur juga terkenal di Malaysia, dan sebenarnya diperkenalkan di gerai atau restoran mamak.[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kopi kia gave me winning 4-D numbers". The New Paper. 2 April 2013. 
  2. ^ Luo, Serene (8 August 2006). "Milo Dinosaur". The Straits Times. [...] milo-dinosaur, milo-godzilla, ta-chiu, and I have drunk and loved them all. 
  3. ^ Kaur, Balli (18 November 2009). "Singapore's 5 best breakfast sets". CNN. 
  4. ^ Leo, Francis (2012). Migration and Diversity in Asian Contexts. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 218–. ISBN 9789814380478. 
  5. ^ Chen, Jingwen (2 March 2012). "Tea and coffee worth the long wait at award-winning Mr Teh Tarik". AsiaOne. 
  6. ^ Yeoh, Wee Teck (10 August 2012). "Continue celebrating National Day at restaurants and hotels". AsiaOne. 
  7. ^ Chien, Leanne (17 March 2011). "The Ultra-popular Beverages in Singapore – Milo Dinosaur and OREO Smoothie". TraNews. Taiwan. 
  8. ^ "Nestle charting an incredible journey". The Star. 26 March 2012. 
  9. ^ "Pretty Murni Draws The Crowds". Free Malaysia Today. 17 June 2011. Diarkibkan daripada asal pada 25 August 2011. Dicapai 27 June 2013.