Milon dari Kroton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Lukisan minyak pada kanvas Milon de Crotone karya Joseph-Benoît Suvée (bertarikh abad ke-18, )

Milon dari Kroton (Bahasa Yunani: Μίλων ο Κροτωνιάτης, translit. Mílōn o Krotoniátēs, Bahasa Inggeris: Milo of Croton) merupakan seorang penggusti terkenal pada abad ke-6 Sebelum Masihi. Beliau yang berasal dari kota Kroton di Magna Graecia (kini bandar Crotone dalam Itali) begitu berjaya dalam bidangnya di mana beliau memenangi banyak kejuaraan penting dianjurkan pada zaman Yunani Purba .[1][2][3] Beliau turut dinyatakan (dari catatan Diodoros Sikolos) terlibat dalam memenangi peperangan bagi pihak Kroton menumpaskan kota Sybaris (duluan kota Sibari tenggara Itali) pada 510 SM.

Kehebatannya bergusti adakala digambarkan dalam seberapa karya seni dan sastera Barat termasuk karya-karya Pierre Puget, William Shakespeare dan Alexandre Dumas.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kerjaya sukan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memenangi sukan Olimpik sebanyak enam kali - kali pertamanya dalam gusti peringkat muda lelaki (mungkin pada tahun 540 SM), [4] dan lima kali peringkat dewasa antara 536 dan 520 SM.[1][2][3] Dia juga memenangi tujuh gelaran mahkota di Sukan Pythia Delphi (satu ketika masih kecil), sepuluh gelaran di Isthmia, dan sembilan gelaran di Nemea. Beliau turut diberi gelaran unggul Periodonikēs diberikan kepada pemenang keempat-empat festival dalam kitaran yang sama, sebanyak lima kali. Kerjaya Milo dicatat pasti berlanjutan selama 24 tahun.

Milon sering akan memakan daging lembu mentah untuk menakut-nakutkan lawannya sebelum bertanding, malah beliau meminum darah lembu mentah untuk tenaga dan kekuatan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Spivey, Nigel Jonathan (2004). The Ancient Olympics. Oxford and New York: Oxford University Press. m/s. 65–66, 100–101. ISBN 978-0-19-280433-4. Dicapai pada 2009-03-01.
  2. ^ a b Poliakoff, Michael B. (1987). Combat Sports in the Ancient World. New Haven and London: Yale University Press. m/s. 117–119, 182–183. ISBN 978-0-300-03768-5. Dicapai pada 2009-03-01.
  3. ^ a b Harris, H.A. (1964). Greek Athletes and Athletics. London: Hutchinson & Co. m/s. 110–113. ISBN 978-0-313-20754-9.
  4. ^ Menurut kajian Harris (1964, m/s. 154–155) - kategori pemuda ditetapkan Olympia dalam antara usia 17 dan 20 tahun.
  5. ^ Henry, Blaine (2019-12-30). "History Lesson: Milo of Croton". The Fight Library (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-30.