Mimie Afinie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mimie Afinie atau Wan Rosnani bt Wan othman, berasal dari Kuala Terengganu. Beliau sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata yang masing-masing berusia 19, 17 dan 10 tahun (ketika artikel ini ditulis iaitu pada tahun 2007).

Sekarang bertugas di salah sebuah organisasi di Kuala Lumpur dan menetap di Serendah, Selangor. Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, beliau merupakan seorang penyanyi utama bagi sebuah kumpulan nasyid di daerah kelahirannya. Di mana kumpulan ini sering membuat persembahan di majlis-majlis keagamaan dan perkahwina.

Beliau mula bergiat dalam bidang penulisan novel pada tahun 2003 setelah banyak meneliti hasil-hasil karya penulis novel yang diminatinya. Novel pertama dan keduanya diterbitkan oleh syarikat Alaf 21. Kedua-duanya bertajuk Bisikan Rindu dan Masih Ada Rindu. Novel ketiga dan keempatnya pula telah diterbitkan oleh syarikat KarnaDya Solution.