Mimolette

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mimolette
Mimolette vieille etuvee.jpg
Nama lainBoule de Lille
Negara asalPerancis
Sumber susuLembu
DipasteurkanYa
TeksturKeras
Tempoh penuaan6-9 bulan
PensijilanTidak[1]

Mimolette atau dikenali juga sebagai Boule de Lille adalah keju dari daerah Flanders di Perancis yang dibuat dengan menggunakan susu lembu yang dipasteur.[1] Nama dari keju ini berasal dari perkataan "mimou" yang bererti lembut sebahagian walaupun ketika dimatangkan teksturnya menjadi keras.[2] Sementara itu, nama Boule de Lille diambil daripada sebuah gudang bawah tanah di Lille di mana keju ini pertama kali dibuat di Perancis.[2] Keju ini pada mulanya berasal dari Belanda dan baru diperkenalkan ke daerah Flanders apabila kawasan tersebut menjadi sebahagian daripada negeri Belanda.[1] Pada dasarnya keju ini adalah keju Edam yang dimatangkan selama enam hingga sembilan bulan.[1] Proses tersebut menjadikan keju ini menjadi sangat keras dan rapuh.[1] Keju Mimolette popular sebagai kudapan yang dimakan bersama dengan segelas bir.[1] Kebanyakan keju ini dimakan ketika telah matang yang disebut dengan istilah "vieux" atau "etuve".[1] Warna daripada keju ini jingga cerah kerana penggunaan annatto.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4. Page 34.
  2. ^ a b (Inggeris) What is Mimolette Cheese?, Wise Geek. Diakses pada 7 Juni 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]