Mimpi Moon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mimpi Moon
Mimpi moon.jpg
Pengarah Shuhaimi Baba
Penerbit Shuhaimi Baba
Penulis Shuhaimi Baba (lakon layar)
Dibintangi oleh Rashidi Ishak
Kavita Kaur
Syarikat
produksi
Pesona Pictures Sdn Bhd
Pengedar Grand Brilliance Sdn Bhd
Bahasa Bahasa Melayu & Inggeris
Rujukan Filemkita

Mimpi Moon merupakan sebuah filem bergenre romantik dan diterbitkan di Malaysia pada tahun 2000

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini diarahkan oleh pengarah Shuhaimi Baba.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan percintaan di antara Moon (Rashidi Ishak) dan Vina (Kavita Kaur). Mereka berkenalan semenjak kecil lagi. Vina datang dari sebuah keluarga doktor yang baharu berpindah ke Kampung Batu Suara. Vina merupakan anak kepada Dr. David (Anuar Kamaruddin) dan Dr. Anna (Asha Gill). Ibu Vina telah terkorban di Kampong Saoum, Kemboja semasa mengikuti kumpulan paramedik sukarelewan. Moon juga mengikuti rombongan tersebut namun dia terselamat dari jerangkap samar di perkampungan tersebut. Sepuluh tahun selepas tragedi itu yang memisahkan pasangan itu, Vina menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara manakala Moon meneruskan kerjaya sebagai jurutera bunyi di syarikat studio rakamannya di Kuala Lumpur. Syarikat Moon memgalami masalah kewangan, Moon mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Batu Suara, Langkawi dan ingin bekerja dengan bapanya, Dr. Mansoor (Jalaluddin Hassan). Sementara itu, adik Moon, Nona (Ning Baizura) meneruskan kerjayanya sebagai doktor di klinik Dr. Anna. Seorang lagi rakan mereka, Sok Van (Afdlin Shauki) menjadi pengurus restoran miliknya di pekan Batu Suara. Vina juga turut pulang ke kampung halamannya semasa kecil dahulu. Walaupun Vina sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Mark Scotty (Iskandar Najmuddin), tetapi cintanya tetap utuh terhadap Moon selepas mereka bersua semula. Kehadiran Miranda Cordoba (Ida Nerina), seorang penyiasat dan perisik dari negara Amerika Latin yang menyiasat jerangkap samar yang masih aktif di kampung tersebut. Dia juga kerap mengganggu dan menggoda secara keterlaluan terhadap Moon. Moon berasa tidak selesa dengan tindak tanduk Miranda. Kampung Batu Suara terkenal dengan tempatnya yang menjadi tarikan melalui tradisi perubatan menggunakan ubat gamat Dr. Mansoor. Dr. Mansoor mengendalikan kajian untuk menaik taraf ubat gamat kepada yang lebih mesra pengguna. Gamat emas diperkenalkan di khalayak umum dan akan digunakan sepenuhnya di negara Kemboja. Tetapi Moon dan Vina telah membuat perancangan lain untuk menyiasat sendiri siapa Miranda tersebut. Di malam hari pelancaran tersebut, mereka telah menyelinap dan menyamar sebagai staf di hotel tersebut dan berjaya menangkap Miranda tetapi rakannya telah tersalah faham dan menyangka Miranda membelot dengannya. Miranda sempat melarikan diri dengan membawa sebuah beg bimbit yang menjadi rebutan rakannya. Miranda telah mencampakkan beg tersebut ke dalam kandang kambing tersebut sehingga berlaku satu letupan yang menggemparkan kampung tersebut. Moon, Vina dan Miranda terselamat. Namun penjualan gamat emas semakin laris. Miranda menyelamatkan kampung tersebut dari rakannya yang seorang pengganas. Dia terus membuat pelaburan dengan Dr. Mansoor dan menghasilkan minyak sapuannya sendiri untuk dijual di pasaran Malaysia. Sementara itu, hubungan Moon dan Vina kembali erat dan percintaan diteruskan. Di pengakhiran cerita, Gamat emas dihasilkan yang menyatukan Moon, Vina bersama rakan dan keluarga mereka yang lain. Tersilap gamat, hati terjerat, kasih terubat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sarimah Ibrahim membawa watak Lin di dalam filem ini.
  1. Rashidi Ishak sebagai Moon (Moonir Mansoor)
  2. Kavita Kaur sebagai Vina (Davina David)
  3. Jalaluddin Hassan sebagai Dr. Mansoor
  4. Ning Baizura sebagai Nona Mansoor
  5. Afdlin Shauki sebagai Sok Van
  6. Asha Gill sebagai Dr. Anna
  7. Anuar Kamaruddin sebagai Dr. David
  8. Shamsul Cairel sebagai Badrul
  9. Iskandar Najmudin sebagai Mark Scotty
  10. Ida Nerina sebagai Miranda Cordoba
  11. Sarimah Ibrahim sebagai Lin
  12. Jit Murad sebagai Penyanyi
  13. Melissa Saila sebagai Pengurus artis
  14. Saiful Azam (Apek) sebagai Penyanyi studio
  15. Ally Iskandar sebagai rakan Moon di kampung
  16. Dean C. K. Lau sebagai ayah Sok Van

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ida Nerina
  2. Suntingan Terbaik: Kamarudin Abu
  3. Sinematografi Terbaik: Teoh Gay Hian
  4. Anugerah Khas Juri: Poster terbaik

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM554,619.56.

Rujukan[sunting | sunting sumber]