Min Kyung-hoon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Min Kyung-hoon
민경훈
Min in 2015
Kelahiran (1984-10-06) 6 Oktober 1984 (umur 39)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penghibur
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2003–sekarang
Syarikat rakaman
Santa Music
Pengkarya berkait
  • Buzz
  • Universe Cowards
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanMin Kyǒnghun
McCune–ReischauerMin Gyeong-hun

Min Kyung-hoon (Hangul민경훈; dilahirkan 6 Oktober 1984) merupakan seorang penyanyi Korea Selatan. Beliau adalah vokalis utama dalam kumpulan rock Buzz. Album solo beliau yang pertama berjudul Im.pres.sive telah dilancarkan pada 5 Disember 2007. Album solo kedua beliau berjudul Picnic dilancarkan pada 27 Jun 2011.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ujibakat berkaitan dan tempoh sebagai pelatih[sunting | sunting sumber]

Pada masa kanak-kanak, Min tidak pernah terpikir bahawa beliau akan menjadi seorang penghibur. Apabila beliau masuk ke sekolah tinggi, Min bergaul dengan sekumpulan rakan-rakan yang suka menyanyi. Sambil terus menyanyi dan mengadakan persembahan, Min menyedari bahawa menjadi seorang penyanyi yang menyanyi di sebuah kafe di sebelah Sungai Han lebih sesuai dengan dirinya berbanding daripada menjadi selebriti terkenal. Semasa tahun ketiga sekolah tinggi, Min disarankan untuk satu ujibakat di sebuah syarikat hiburan kerana beliau terkenal di kalangan pelajar kerana mempunyai vokal yang juat dan rupa paras yang menawan (flower boy visual).

Min pergi ke ujibakat untuk AYON Entertainment bersama-sama dengan seorang rakan tanpa berpikir panjang tentang hal itu.[2] Beliau mengikuti ujibakat syarikat itu, yang kemudiannya menjadi agensi pertama Buzz, dalam bilik karaoke. Apabila pihak pengurusan syarikat tersebut mendengar beliau menyanyi, mereka suka beliau dan ingin segera menandatangani kontrak dengan beliau.[3] Min kemudian akan rekod lagu di bawah agensi ini dan menjadi seorang penyanyi.

Min menandatangani kontrak dengan satu agensi di akhir musim bunga tahun 2002 dan meninggalkan sukan dan sekolah untuk memberi fokus kepada bidang nyanyian. Min menyertai Buzz pada Jun 2002 sebagai vokalis kumpulan. Ahli-ahli Buzz yang lain telah berlatih dengan alat muzik bersama-sama selama dua tahun. Min, yang menyertai kumpulan ini pada waktu kemudian, sering bangun di malam hari dan berlatih vokal tanpa berehat.[4]

2003-2007: tempoh aktif Buzz[sunting | sunting sumber]

Buzz membuat debut rasmi mereka dengan lagu "Morning Of Buzz" pada 11 Oktober 2003.[5] Album studio kedua mereka berjudul "Effect" mempunyai lagu-lagu seperti "Coward", "Thorn", dan "Travel To Me" yang mendapat populariti meluas. Dalam album ketiga mereka berjudul "Perfect", lagu "You Don't Know Men" telah diterima dengan baik.[6][7][8][9] Pada 17 Mei 2007, Buzz dibubarkan buat sementara waktu, dengan pengecualian Min, kerana ahli-ahli lain telah mula pergi khidmat tentera.[10] Min telah disahkan untuk meneruskan aktiviti muzik secara solo.[11] Pada 25 Jun 2007, Buzz mengeluarkan single, "Love Is My Heart, Part 2".[12]

2007-2014: Aktiviti solo dan kehidupan tentera[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Disember 2007, Min melancarkan album solo pertama beliau berjudul "Im · pres · sive", dengan nasihat ahli-ahli Buzz dan permintaan bekas agensi beliau.[13] Album tersebut tidak mendapat pujian dan tidak popular. Pada 12 Disember 2008, beliau melancarkan single digital, "Day", yang juga tidak diterima dengan baik.[14] Sehingga 2009, Min dan Buzz berehat dari sebarang aktiviti muzik. Pada tempoh ini, Min hampir tidak meninggalkan rumah dan mengalami depresi dan berat badan bertambah. Beliau mendakwa bahawa selama tempoh "kemerosotan", beliau minum alkohol sebaik sahaja bangun dari tidur dan minum lagi untuk tidur.[15]

Min mampu untuk berdir semula dan kembali ke industri muzik diatas bantuan seorang kenalan. Pada 4 Februari 2010, mini album "Reunion" telah diumumkan dengan rasmi. Lagu utama "I Love You" adalah salah satu lagu solo paling popular. Min mengeluarkan single digital "It's Alright" (29 Mac 2010) dan runut bunyi untuk drama My Life Is Beautiful berjudul "Eternal Love", tapi tiada aktiviti susulan. Pada bulan Oktober dan November 2010, beliau menyertai sebagai vokalis jemputan untul lagu single digital "Wounded" dan "Buzz 2" dalam album "Fuzz-Buzz".

Pada 27 Jun 2011, beliau mengeluarkan album ke-2 berjudul "Picnic", tapi ia tidak mendatangkan kejayaan besar. Ia adalah satu album yang telah banyak menggunakan percubaan baru seperti menukar lagu-lagu rock balada yang sedia ada. Bagaimanapun, kontroversi Shin Jung-hwan tentang kejadian perjudian di Filipina dan kontroversi kemasukan khidmat tentera MC Mong yang kedua-duanya dikaitkan dengan Min telah memberi kesan buruk kepada album tersebut. Kerana kontroversi tersebut, ada peminat yang meninggalkan kumpulan peminat dan jualan yang lebih rendah daripada album sebelumnya.

Pada 6 Mac 2012, setelah pelancaran single digitalnya berjudul "Look Back" pada 2 Mac,[16] Min tiba-tiba mulai khidmat tentera.[17] Beliau menyertai penyokong Uijeongbu 306 dan berkhidmat selama 21 bulan.[18][19] Ketika Min berkhidmat dalam pasukan band tentera, beliau mengikuti persembahan band tentera dan konsert.[20] Pada 5 Disember 2013, Min selesai menjalani khidmat tentera dan peminat serta ahli Buzz berkumpul dan mengucapkan tahniah kepada beliau.[21]

2014-sekarang: penyatuan semula Buzz, Knowing Bros dan Universe Cowards[sunting | sunting sumber]

Pada 8 April 2014, Min kembali sebagai vokalis Buzz selepas Buzz mengumumkan mereka akan kembali aktif.[22][23]

Pada Disember 2015, beliau menyertai rancangan hiburan baru terbitan JTBC berjudul Knowing Bros, sebagai ahli tetap bersama pelawak Kang Ho-dong dan Lee Soo-geun.[24] Personaliti Min yang unik, satu persona yang segar dalam industri hiburan Korea pada waktu itu, membolehkan populariti beliau bangkit semula.

Pada musim luruh 2016, Min dan ahli Super Junior Kim Hee-chul mengeluarkan sebuah duet bertajuk "Sweet Dream". Dua bintang ini dikenali sebagai "Universe Cowards (Pengecut Semesta)" apabila mereka mempromosikan muzik, nama panggilan yang mereka cipta untuk projek kumpulan di Knowing Bros.[25] Lagu ini berjaya, menduduki tangga pertama dalam Carta Digital Gaon untuk Korea Selatan, satu pencapaian yang dikenali sebagai "all-kill".[26] Pada tahun 2017, "Sweet Dream" memenangi anugerah Lagu Rock Terbaik di Anugerah Muzik MelOn.[27]

Berikutan kejayaan "Sweet Dream", pada Februari 2018, Universe Cowards kembali dengan lagu "Falling Blossoms". Ia digubah oleh Lee Sang-joon dan Cha Jil-won dan menampilkan lirik yang dituls oleh Min sendiri,[28] yang mencapai nombor 15 dalam Carta Digital Gaon. Billboard menggambarkan lagu ini sebagai "pop-rock lembut yang mengembang ke emosi kejanggalan" dan memuji bagaimana video muziknya adalah salah satu video yang paling inklusif di Korea Selatan dalam beberapa waktu.

Mulai dari November 2018, Min menjadi ahli tetap dalam rancangan hiburan mingguan berjudul Problem Child in House selepas episod pertama yang berjaya.[29]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Album studio
Tahun Tajuk Album Butiran Senarai Lagu
2007 Im · pres · sive
  • Dilancarkan: 4 Dis 2007
  • Jualan: 23,000+[perlu rujukan]
  • Bahasa: Korea
Senarai Lagu
  1. "Impressive"
  2. "Sad Fool"
  3. "Let's cry just today"
  4. "Sand Castle"
  5. "Though I Die"
  6. "Cactus"
  7. "Mute"
  8. "Bad Love"
  9. "Why..."
  10. "Hool- Hool"
2011 Picnic
  • Dilancarkan: 27 Jun 2011
  • Bahasa: Korea
Senarai Lagu
  1. "Nightmare"
  2. "One single word"
  3. "I didn't cheat on you"
  4. "She"
  5. "Lay" (Heaven Belong To You)
  6. "Happy Time"
  7. "It's you" (I Got Your Love)
  8. "How do I do" (feat.SGWannabe Lee Suk Hoon)
  9. "Loving U"
  10. "Habit"
EP
Tahun Tajuk Album Butiran Senarai Lagu
2010 Reunion
  • Dilancarkan: 4 Februari 2010
  • Jualan: 5,600+[perlu rujukan]
  • Bahasa: Korea
Senarai Lagu
  1. "It's love coz it hurts"
  2. "I love you"
  3. "There are no same goodbyes"
  4. "Deleted"
  5. "Just ... tears"

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Album
Sebagai artis utama
"One Day" 2008 One Day
"It's Alright" 2010 It's Alright
"Wounded" 2010 Wounded
"Look Back" 2012 Look Back
Penampilan dalam runut bunyi
"Climax" 2008 OST The Lawyers of The Great Republic Korea
"Life is Beautiful" 2010 OST Life Is Beautiful
"Hero" 2015 OST Spy
"Love You" 2016 OST The K2
"Here I Am" 2017 OST Live Up to Your Name
"Waiting Here for You" 2018 OST Money Flower

Kerjasama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi carta Jualan

(DL)
Butiran Album
KOR

Warga


[30]
KOR Panas

[31]
2016 "Sweet Dream"

(Kim Hee-chul, Min Kyung-hoon)
1 *
2018 "Falling Blossoms"

(Kim Hee-chul, Min Kyung-hoon)
15 14
"*" menandakan carta tidak wujud pada masa itu.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan TV
Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Nota[33] Ruj.
2015–sekarang Knowing Bros Ahli tetap JTBC
2017 Girl Group Battle Pengacara bersama KBS2 Istimewa Tahun Baru Lunar
I Live Alone Istimewa Tayangan Perdana Chuseok (2 Episod)
What Shall We Eat Today? Ahli tetap O'live
2018 Problem Child in House KBS2
Human Intelligence Pengguna JTBC Pada 18 & 23 November - 2 Bahagian

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan Ruj
2016 Anugerah JTBC Ke-5 Anugerah Pasangan Terbaik dengan Kim Hee-chul Knowing Bros Menang [34]
2017 Anugerah Muzik Carta Gaon Ke-6 Lagu Terbaik (November) dengan Kim Hee-chul "Sweet Dream" Tercalon [35]
Anugerah Muzik MelOn ke-9 Lagu Rock Terbaik dengan Kim Hee-chul Menang
2018 Anugerah Muzik MelOn Ke-10 "Falling Blossoms" Menunggu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "민경훈, 27일 두번째 정규 앨범 발표". June 15, 2011. Dicapai pada October 12, 2015.
  2. ^ When Min first entered AYON Entertainment, he was hesitant to trust them immediately because he thought that the company workers were frauds.
  3. ^ Templat:뉴스 인용
  4. ^ 안주영, 『[신앙 에세이] 사랑의 시작』, 가이드포스트(2008.12.15), p.7-11 /
  5. ^ Lee, So-dam (August 8, 2017). "[뮤직톡톡] "전성기 ing"..버즈, 옛날사람? 여전한 현역 클래스" [[Music Tap] "Prime timing..." Buzz, an old person? An unchanged active class]. Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 18, 2018.
  6. ^ Kim, Ji-yeon (July 2, 2006). "버즈 '남자를 몰라', 지상파 방송 첫 1위". Osen (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada June 18, 2018.
  7. ^ Kim, Won-kyum (June 1, 2006). "버즈, '남자를 몰라' 발매 한달만에 온라인 1위". Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 18, 2018.
  8. ^ Kim, Tae-eun (July 2, 2006). "버즈 '남자를 몰라', SBS '인기가요' 정상". Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 18, 2018.
  9. ^ "버즈 3집 타이틀 '남자를 몰라'로 변경". Yonhap News (dalam bahasa Korea). Naver. May 3, 2006. Dicapai pada June 18, 2018.
  10. ^ Kim, Won-kyum (May 17, 2007). "버즈, 멤버 군입대로 잠정해체..민경훈 솔로 데뷔". Star news (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 18, 2018.
  11. ^ "버즈 멤버 군 입대로 민경훈 솔로 활동". Yonhap News (dalam bahasa Korea). Naver. May 17, 2007. Dicapai pada June 18, 2018.
  12. ^ "버즈 원년 멤버 모여 마지막 곡 '사랑은 가슴이 시킨다2' 발표". Hankyung Daily (dalam bahasa Korea). June 12, 2007. Dicapai pada June 18, 2018.
  13. ^ Kim, Ji-yeon (November 23, 2007). "버즈 민경훈, 솔로 컴백 임박 '남성미로 승부'" [Buzz's Min Kyung-hoon's solo comeback is approaching "Masculine beauty victory"]. Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 10, 2018.
  14. ^ "민경훈, 1년만 컴백...12일 싱글앨범 ´하루´ 발매" [Min Kyung-hoon, Comeback after a year... Released a single "Day" on the 12th]. Dailian (dalam bahasa Korea). December 12, 2008. Dicapai pada July 10, 2018.
  15. ^ http://news.donga.com/Enter/more29/3/all/20100211/26091881/1
  16. ^ Kang, Se-hee (March 4, 2012). "민경훈 입대… 디지털 싱글 '돌아보다' 발매 3월 6일 현역으로 조용히" [Min Kyung-hoon enlistment... Digital single 'Look Back' released quietly while enlisting as active duty soldier on March 6]. Kyeongin (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 6, 2018.
  17. ^ Jun, Won (March 6, 2012). "민경훈 마지막디지털 싱글 발표하고 오늘(6일) 입대" [Min Kyung-hoon announces his latest digital single and enlists today (6th)]. Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 6, 2018.
  18. ^ Jun, Won (December 5, 2013). "민경훈, 오늘(5일) 현역 만기제대…팬들 품으로" [Min Kyung-hoon, Discharged today (5th) from active duty]. myDaily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 6, 2018.
  19. ^ "[mk포토] 민경훈 입대 `군대 잘 다녀 올게요~`" [[mk Photo] Min Kyung-hoon Enlisted, 'I'll serve in the army well~']. Sports MK (dalam bahasa Korea). March 6, 2012. Dicapai pada July 6, 2018.
  20. ^ Kim, Min-hyo (October 24, 2012). "[포토] 민경훈, 군악대 공연하는거 너무 좋은걸요" [[Photo] Min Kyung-hoon, "It is nice to perform for the military band"]. Data News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 6, 2018.
  21. ^ Hwang, Hye-jin (December 5, 2013). "민경훈 전역, 오늘(5일) 현역복무 마치고 팬들 곁으로" [Min Kyung-hoon discharged today (5th) from active duty and stands beside fans]. Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 6, 2018.
  22. ^ "버즈 8년 만에 재결합, 민경훈 "올해는 좋은 소식"". Dailian (dalam bahasa Korea). April 8, 2014. Dicapai pada September 20, 2018.
  23. ^ Im, Seung-mi (April 8, 2014). "버즈, 원년멤버로 돌아온다..민경훈 팬카페에 재결합 발표". Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 20, 2018.
  24. ^ Yoon, Dong-won (May 15, 2016). "'아는 형님' 강호동 이수근 민경훈 출연확정…12월을 수놓는 8인의 별들!". MTN News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada November 12, 2015.
  25. ^ "아는형님 김희철 민경훈 '나비잠' 비하인드, 트와이스 모모 두고 '신경전'". Naver (dalam bahasa Korea). Seoul Shinmun. Dicapai pada January 26, 2017.
  26. ^ "스테이션 시리즈 최초 #1 등극!". Melon (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2018-06-16.
  27. ^ "'2017 멜론뮤직어워드'방탄소년단ㆍ엑소,대상에 5관왕..아이유,'팔레트'로'올해의 앨범'상" (dalam bahasa Korea). AJU News. December 3, 2017. Dicapai pada November 15, 2018.
  28. ^ Herman, Tamar (February 18, 2018). "Super Junior's Kim Heechul and Min Kyunghoon Give Visibility to Developmentally Disabled People in 'Falling Blossoms' Video". Billboard. Dicapai pada June 16, 2018.
  29. ^ "The Problems of The Rooftop Room". October 12, 2018. Dicapai pada October 16, 2018.
  30. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon.
  31. ^ "Kpop Hot 100". Billboard Korea (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 7 March 2018.
  32. ^ Cumulative sales for "Sweet Dream":
  33. ^ http://100.daum.net/encyclopedia/view/33XXXXX18217#tv
  34. ^ "JTBC AWARDS 2016". JTBC (dalam bahasa Korea). December 29, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada March 16, 2017.
  35. ^ "6th GAONCHART MUSIC AWARDS" (dalam bahasa Korea). kpopawards.co.kr. Diarkibkan daripada yang asal pada January 22, 2017. Dicapai pada January 22, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]