Min Yuen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina.

Tujuan Min Yuen ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis.Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan berhampiran hutan.

Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil terhadap mereka dan keluarga mereka.

Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya pada sebelah malam. Bagi melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.