Minamisanriku, Miyagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Minamisanriku
南三陸町
Town
Lokasi Minamisanriku di Miyagi
Minamisanriku yang terletak di Jepun
[[Fail:Templat:Peta lokasi Japan|6x6px|Minamisanriku|link=|alt=]]
Minamisanriku
 
Koordinat: 38°40′40″N 141°26′47″E / 38.67778°U 141.44639°T / 38.67778; 141.44639Koordinat: 38°40′40″N 141°26′47″E / 38.67778°U 141.44639°T / 38.67778; 141.44639
Negara Jepun
Wilayah Tōhoku
Prefektur Miyagi
Daerah Motoyoshi
Keluasan
 • Jumlah 163.74 km2 (63.22 sq mi)
Populasi (1 Oktober 2004)
 • Jumlah 19,170
 • Kepadatan 120/km2 (300/sq mi)
Zon waktu Waktu Standard Jepun (UTC+9)
Laman web Bandar Minamisanriku

Minamisanriku (南三陸町 Minamisanriku-chō?, "Tanah tiga selatan"), ialah sebuah pekan pelancongan di tepi pantai yang dikitari oleh pulau berhutan dan serokan bergunung-ganang[1] di Daerah Motoyoshi, Miyagi, Jepun. Bandar ini ditubuhkan secara pergabungan pada 1 Oktober 2005, apabila pekan-pekan Shizugawa dan Utatsu bergabung untuk membentuk pekan baru Minamisanriku.

Minamisanriku teruk dibinasakan oleh bencana tsunami pada tahun 2011, apabila kebanyakan bangunannya dihanyutkan oleh ombak setinggi 16 meters (52 ka) ke atas, dan lebih separuh penduduk bandar hilang jejak dan hampir pasti terkorban.

Bencana 2011[sunting | sunting sumber]

95 peratus bandar ini dibinasakan oleh tsunami yang menyusuli gempa bumi raksasa pada 11 Mac 2011. Hanya bangunan tinggi-tinggi yang masih tinggal dan kira-kira 9,500 orang, iaitu lebih kurang separuh jumlah penduduk Minamisanriku, tidak dapat dikesan.[2][3][4][5] 9,700 orang lagi disahkan hidup dan sempat dipindahkan.[6]

Pekan ini ada dua pusat pemindahan yang boleh didatangi para penduduk sekiranya berlaku tsunami, iaitu satu di atas tanjung tinggi yang menghadap pekan, dan satu lagi di belakang pusat pekan. Sungguhpun kedua-duanya terletak 20 meter di atas paras laut, namun tsunami itu dapat menenggelami kedua-duanya dan menghanyutkan ramai mangsa.[7] Sekurang-kurangnya 31 daripada 80 tapak pemindahan yang ditetapkan telah ditenggelami oleh tsunami.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]