Minnal FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Minnal FM
BandarKuala Lumpur
George Town
Johor Bahru, Daerah Johor Bahru
Singapura
Kota Batam/Pulau Batam
Kawasan penyiaran
Sloganஇளமை புதுமை இனிமை (Iḷamai Putumai Iṉimai)
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama1 April 1946; 78 tahun yang lalu (1946-04-01) sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan Perkhidmatan Bahasa Tamil (Rangkaian Merah)
FormatEasy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik
BahasaTamil
Pengenal terdahuluRadio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya)
Perkhidmatan Bahasa Tamil
Radio Malaysia
Rangkaian Merah
SekutuMuzik FM
Radio Klasik
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarMuzik FM
Radio Klasik
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
Siaran webhttps://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/minnalfm
Tapak webminnalfm.rtm.gov.my

Minnal FM (Tamil: மின்னல் எப்.எம்) (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Tamil, Radio Malaysia, Rangkaian Merah, Radio 6 dan Radio Malaysia Saluran 6) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Tamil dan Rangkaian Merah) ialah stesen radio nasional Bahasa Tamil tertua di Malaysia untuk masyarakat India Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Tamil di Malaysia. Moto utamanya adalah இளமை புதுமை இனிமை (Iḷamai Putumai Iṉimai).

Minnal FM utamanya ialah di Tingkat 4, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk digital seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Radio 4.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 April 1946, Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya). Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).

Pada tahun 1951 sebuah wad di Hospital Tang Ling bertukar menjadi sebuah studio rakaman. Rumah Persekutuan di Kuala Lumpur menjadi Rumah Radio rasmi pada tahun 1956. Apabila daurat diistyharkan semasa ancaman komunis di Tanah Melayu, sebuah rancangan istimewa dikenali sebagai Daurat disiarkan sepanjang siaran biasa. Rancangan dihadapan penonton diperkenalkan apabila Kalappadam memulakan siarannya. Format rancangan itu kini dikekalkan sehingga ke hari ini. Siaran Kalappadam pertama telah disiarkan dari Dewan Bandar Kuala Lumpur (kini Dewan Bandaraya).

Sebuah rancangan pentas istimewa mengingati Bapa Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah diadakan di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Berita disiarkan dari Singapura, manakala rancangan seperti berita tempatan, muzik klasik, main radio telah diterbitkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.

Pada 16hb September 1963, Radio Malaya yang dikenali sebagai Radio Malaysia dengan penghantaran bermula dengan perkataan tanda dagangannya Inilah Radio Malaysia pada hari Malaysia hari ini, sebuah persekutuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) telah dilahirkan. Pada hari yang sama, Radio Sabah, Radio Sarawak dan Radio Singapura menjadi sebahagian daripada rangkaian Radio Malaysia sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Sabah, Sarawak dan Singapura mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada masa yang sama.

Pada 19hb Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:

  1. Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
  2. Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  3. Rangkaian Hijau (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).
  4. Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

Pada 6 September 1989, Rangkaian Merah yang dikenali sebagai Radio 6.

Pada 1 Julai 1997, Minnal FM rasmi menjadi gelombang FM sepenuhnya dan menjadi stesen radio pertama bersiaran 24 jam dalam Bahasa Tamil pada stesen itu menjadi semakin popular oleh pendengar-pendengar dan penaja-penajanya.

Pada 1 September 1998, Radio 6 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 6.

Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Saluran 6 yang dikenali sebagai Minnal FM.

Pada 1 April 2026, RTM, Radio Klasik, Nasional FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulangtahunnya yang ke-80 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65.

Sejarah nama Minnal FM[sunting | sunting sumber]

Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
முக்கிய தமிழ் செய்திகள் (Mukkiya Tamil Seithigal) 07:00 - 07:10
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 08:00 - 08:03
முக்கிய தமிழ் செய்திகள் (Mukkiya Tamil Seithigal) 09:00 - 09:10
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 10:00 - 10:03
தமிழ் உலக செய்திகள் (Tamil Ulaka Seithigal) 11:00 - 11:05
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 12:00 - 12:03
முக்கிய தமிழ் செய்திகள் (Mukkiya Tamil Seithigal) 13:00 - 13:10
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 14:00 - 14:03
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 15:00 - 15:03
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 16:00 - 16:03
முக்கிய தமிழ் செய்திகள் (Mukkiya Tamil Seithigal) 17:00 - 17:10
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 18:00 - 18:03
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 19:00 - 19:03
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 20:00 - 20:03
முக்கிய தமிழ் செய்திகள் (Mukkiya Tamil Seithigal) 21:00 - 21:10
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 22:00 - 22:03
தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) 23:00 - 23:03

தமிழ் செய்திகள் புதுப்பிப்பு (Tamil Seithigal Putuppippu) disiarkan pada jam 8:00 pagi, 10:00 pagi, 12:00 tengah hari, 2:00 petang, 3:00 petang, 4:00 petang dan 6:00 petang, 7:00 malam. 8:00 malam, 10:00 malam dan 11:00 malam dalam masa 3 minit.

முக்கிய தமிழ் செய்திகள் (Mukkiya Tamil Seithigal) disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 1:00 tengah hari, 5:00 petang dan 9:00 malam dalam masa 10 minit.

தமிழ் உலக செய்திகள் (Tamil Ulaka Seithigal) disiarkan pada jam 11:00 pagi dalam masa 5 minit.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

  • சத்யா (Sathya)
  • ட்ரெஸ (Tresa)
  • தேவேகக்கண் (Theyvekgan)
  • சுகன்யா (Suganya)
  • குணசுந்தரி (Kunasundary)
  • பிரேமா (Prema)
  • மோகன் (Mogan)
  • கிஷான் ராஜ் (Kishan Raj)
  • அஸ்ஹவிண்ணிய (Ashwinniie)
  • பருவின் (Paruvin)

Rancangan-utama[sunting | sunting sumber]

Rancangan Harian[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
தாலாட்டுதே வானம் (Thaalattuthey Vaanam) 00:00 - 06:00
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vokal) 06:00
காலை கதிர் (Kaalai Kathir) 06:00 - 10:00
உல்லாசம் உற்சாகம் (Ullaasam Urchagam) 10:00 - 14:00
எண்ணங்கள் வண்ணங்கள் (Ennangal Vannagal) 14:00 - 17:00
ஆனந்த தென்காற்று (Aanantha Thenkatru) 17:00 - 20:00
நட்சத்திர மேகம் (Natchathira Megam) 20:00 - 00:00

Lagu kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan Pemancar
92.3 MHz Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur
96.3 MHz Shah Alam, Selangor Gunung Ulu Kali
96.7 MHz Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang (Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Nibong Tebal, Batu Kawan, Bukit Mertajam) Gunung Jerai
107.9 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
98.9 MHz* Ipoh, Perak Gunung Kledang
90.5 MHz Seremban Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
103.3 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
Kuantan Pahang Bukit Pelindung
101.1 MHz Johor Bahru/Daerah Johor Bahru (Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Mukim Jelutong, Mukim Plentong, Mukim Pulai, Mukim Sungai Tiram, Mukim Tanjung Kupang, Mukim Tebrau, Bandar Johor Bahru dan Bandar Tebrau) dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
87.9 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
106.7 MHz Kota Bharu, Kelantan Telipot

*Minnal FM 98.9MHz dari Gunung Kledang diganggu oleh 988 FM 98.8MHz dari Gunung Ulu Kali di Perak Selatan. Boleh dengar secara alternatif di 96.3MHz Gunung Ulu Kali atau 107.9MHz Bukit Larut.

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 873
MYTV 703

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Laman web[sunting | sunting sumber]