Minyak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Untuk kegunaan lain, sila lihat Minyak (nyahkekaburan).
Sebotol minyak zaitun dara.
Minyak motor sintetik

Minyak (Jawi: ميڽق) adalah satu bentuk umum sebatian kimia lipid yang tidak boleh bercampur dengan air (hidrofobik)[1] sepertimana lemak tetapi berkeadaan cecair pada suhu biasa persekitaran berbanding lemak yang pepejal. Minyak terbina daripada satu atau lebih cecair hidrokarbon sebatian didatangkan dari sumber tumbuhan, haiwan mahupun batu galian.

Minyak dibezakan sifat daripada lemak dan lilin dari segi panjang rantai molekul lipid yang berhubungan pada peringkat dasar.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Minyak merupakan turunan kata Proto-Malayik *miñak yang pada awalnya bermaksud "lemak" merangkumi dua-dua jenis pepejal dan cecair bahan ini. Kata purba ini lama-kelamaan disempitkan makna kepada bentuk cair bahan ini sambil bentuk pejalnya diungkapkan dengan kata nama lemak turunan kata *ləmək dari akar Proto-Malayo-Polinesia *lemek.[2]

Sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Sifat berkutubnya molekul-molekul air menghalang pencampuran serta pelarutan bersama sedangkan sebatian organik yang tidak sedemikian seperti alkohol, keton dan eter (C2H5OC2H5) sebaliknya boleh melarut.[1] Prinsip ini boleh dileraikan dengan menggunakan bahan yang mampu menghubungkan antara kedua-dua minyak dan air membentuk suatu emulsi.

Minyak juga boleh sebati dengan bahan lain yang sama jenis lipid (lipofilik).

Jenis[sunting | sunting sumber]

Biologi[sunting | sunting sumber]

Mineral[sunting | sunting sumber]

Sintetik[sunting | sunting sumber]

Aplikasi/Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Minyak Masak

Minyak makan, sayuran dan minyak binatang biasanya digunakan dalam masakan, disebabkan kebolehan mereka untuk mencapai suhu yang lebih tinggi daripada air. Mereka juga bertindak sebagai perasa dan juga medium penyokong untuk vitamin dan bau-bauan.

Minyak Bahanapi

Minyak mengandungi tenaga tersimpan yang tinggi, yang mana ia boleh digunakan untuk pemanasan dan juga memperkasakan pembakaran enjin. Minyak digunakan untuk tujuan ini biasanya diambil daripada petroleum, tetapi sumber-sumber tenaga biologi boleh dinilai sebagai satu alternatif kepada minyak mentah yang semakin mahal.

Pelinciran

Disebabkan oleh sifat ketidakkutubannya, minyak susah untuk melekat kepada bahan lain. Sifat ini menyebabkan ia berguna sebagai satu pelincir untuk pelbagai tujuan kejuruteraan. Minyak yang sesuai biasanya dijumpai dalam spektrum mineral, secara biologinya minyak akan terurai dalam kebanyakan keadaan persekitaran.

Petrokimia

Petrokimia adalah satu proses penyaringan minyak mentah kepada bahan mentah lain yang lebih berguna, plastik, dan minyak-minyak yang lain.

Pemindahan Tenaga

Kebanyakan minyak mempunyai takat didih yang lebih tinggi daripada air dan juga pengalir eletrik yang rendah, membolehkan ia digunakan dalam sistem penyejukan cecair , terutamanya di mana eletrik digunakan.

Lukisan

Pigment warna mudah melarut dalam minyak, membuatkan minyak sesuai sebagai medium penyokong untuk cat. Proses pengeringan yang perlahan kebolehan minyak untuk bercampur menghasilkan satu stail yang realistik. Kaedah ini telah lama digunakan semenjak abad ke-15.

Minyak Tar

Kebanyakan rumah mandi di Baghdad, Iraq pada zaman dahulu kala menggunakan minyak tar untuk melapisi dindingnya kerana sifatnya yang kalis air. Orang zaman dahulu juga menggunakan minyak tar untuk melapisi dinding kapal untuk mencegahnya daripada kebocoran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Netti Herlina; M. Hendra S. Ginting (2002). Lemak dan Minyak (PDF). Universitas Sumatera Utara.
  2. ^ Adelaar, K. Alexander (1992). Proto Malayic: The Reconstruction of Its Phonology And Parts of Its Lexicon and Morphology. Canberra: Jabatan Linguistik Sekolah Kajian Ilmu Pasifik, Universiti Nasional Australia. m/s. 135, 141, 204. ISBN 0 85883 408 1.