Minyak pati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Minyak cendana, sejenis minyak pati.

Minyak pati (Jawi: ميڽق ڤاتي) merupakan sejenis minyak, yakni cecair hidrofobik pekat yang meruwap pada suhu bilik yang diperoleh daripada sebatian-sebatian kimia tumbuhan. Perkataan "pati" dalam frasa "minyak pati" merujuk terhadap kenyataan bahawa minyak tersebut mempunyai "pati" bau-bauan sesebuah tumbuhan.[1]

Minyak pati biasanya dihasilkan melalui proses penyulingan, terutamanya kaedah penyulingan stim.

Minyak ini biasanya digunakan dalam minyak wangi, kosmetik serta perisa makanan. Selain itu, minyak pati juga biasanya digunakan dalam aromaterapi, sejenis perubatan alternatif di mana kesan-kesan pemulihan tertakluk kepada sebatian-sebatian aromatik. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan bukti kukuh bahawa minyak pati berkesan untuk memulihkan sebarang penyakit meskipun berguna untuk merehatkan seseorang.[2] Penggunaan minyak pati yang tidak betul boleh menyebabkan kesan alahan serta kegatalan dan membahayakan kanak-kanak.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "essential oil". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris) (ed. online, American English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-09. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Lee, Myeong Soo; Choi, Jiae Choi (2012). "Aromatherapy for health care: an overview of systematic reviews". Maturitas. 3 (71): 257–260.
  3. ^ Posadzki, P; Alotaibi, A; Ernst, E (2012). "Adverse effects of aromatherapy: A systematic review of case reports and case series". The International Journal of Risk & Safety in Medicine. 24 (3): 147–61. doi:10.3233/JRS-2012-0568. PMID 22936057.
  4. ^ "Essential Oils: Poisonous when Misused". www.poison.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-08. Dicapai pada 2017-12-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)