Mir Emad Hassani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mir Emad (dilahirkan Emad al-Molk Qazvini Hasani (bahasa Parsi: میرعماد حسنی قزوینی) pada tahun 1554 di Qazvin - meninggal 15 Ogos 1615) adalah seorang jurukhat terkemuka Parsi. Dipercayai bahawa gaya Nasta'liq telah mencapai tahap keanggunan tertinggi dalam seni kerja khat Mir Emad.[perlu rujukan] Karyanya merupakan antara spesimen kaligrafi Nasta'liq yang terbaik dan kebanyakannya disimpan dalam beberapa muzium terkenal dunia sebagai bahan artifak sejarah dan warisan.

Kehidupan awal dan tahap pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mir Emad telah dilahirkan di Qazvin, dan disitulah tempat beliau menuntut pendidikan awal. Keluarga Mir Emad's merupakan ahli perpustakaan dan akauntan di mahkamah Safavid. Beliau telah berlatih dalam ilmu kaligrafi/khat dengan gurunya yang pertama iaitu Isa Rangkar dan kemudiannya Malek Deylami. Mir Emad kemudiannya berpindah ke Tabriz untuk belajar bersama Mohammad Hossein Tabrizi. Selepas itu, beliau berhijrah ke kawasan pentadbiran Turki Uthmaniyyah, Baghdad, Halab dan Hijaz. Beliau kembali Semnan dan bekerja sebagai sekretaris di Perpustakaan Shah Abbas dan kemudian ke mahkamahnya sendiri di ibu negara Iran; Isfahan.

Persaingan dengan Ali Reza Abbasi[sunting | sunting sumber]

Dalam Mahkamah Shah Abbas, Mir Emad tidaklah hanya seorang kaligrafer. Ali Reza Abbasi Tabrizi, kaligrafer terkenal yang lain, juga terletak dibawah naungan Shah. Ali Reza Abbasi juga seorang anak murid kepada Mohammad Hossein Tabrizi (guru Mir Emad) dan kemudiannya menjadi pesaing dengan Mir Emad.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Mir Emad kemudian diduga sebagai Sunni, suatu cabang aliran dalam Islam dimana Sunni tidaklah begitu bertoleransi dengan Safavid, dan akhirnya, implikasi ini telah membawa kepada hak mutlak dan hukuman mati oleh Shah Abbas kepada Mir Emad. Pada suatu malam, ketika Mir Emad dalam perjalanan ke Hamam, Mir Emad telah dibunuh oleh Masud Beik Mesgar Qazvini, dan untuk beberapa hari tidak ada satu orang pun berani untuk mengubur mayatnya. Akhirnya anak murid Mir Emad iaitu Abu Torab Khatat Esfahani, telah mengebumikannya dalam Masjid Maqsud Beik. Dia tidak diizinkan untuk membangun sebuah makam yang besar dan indah untuk Mir Emad.

Pekerjaan dan warisan[sunting | sunting sumber]

"Adab al-Masq", disertasi pada sebuah tulisan indah, yang diberikan kepada Mir Emad. Goharshad, anak perempuan Mir Emad, juga seorang jurukhat. Termasuklah suaminya, Mir Mohammad Ali, dan anak-anak lelakinya Mir Rashid, Mir Abd al-Razzaq dan Mir Yahya. Anak lelaki Mir Emad, Mirza Ebrahim, juga dikenali sebagai jurukhat. Termasuklah juga anakdanya Mohammad Amin bin Mirza Ebrahim.