Mira Bai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Lukisan Mira Bai

Mīrābāī (A. D. 1547-1614) atau Meera Bai merupakan seorang penyair yang alim yang menyanyikan banyak lagu-lagu suci agama Hindu. Beliau merupakan tokoh yang paling hebat pada zaman Gerakan Bhakti di India - suatu gerakan agama Hindu untuk membangkitkan, membangunkan dan menyatukan orang biasa dan golongan kerabat diraja dengan kuasa kesaktian cinta ketuhanan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mira Bai adalah puteri Ratan Singh[2] dari Kudki, sebuah kampung di Rajasthan. Ketika masih berumur tiga tahun, beliau telah amat tertarik dengan arca Giridhar (Sri Krishna) yang diberikan kepadanya oleh seorang Sadhu (orang alim). Ketika Mira berumur lima tahun, beliau menyaksikan suatu perarakan perkahwinan di hadapan rumahnya. Dengan penuh beria-ia, Mira menyoal ibunya, "Siapakah bakal pengantin lelaki saya, ibu?" Dengan bersenyum, ibunya menjawab bahawa Giridhar akan menjadi pengantin lelakinya. Kata-kata ini terpahat dalam hati Mira. Ketika Mira berusia lapan tahun, ibunya meninggal dunia.

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Beberapa lagu-lagu Mira Bai masih popular di India sebagai llagu-lagu suci atau Bhajan. Lagu-lagu Mira mempunyai maksud falsafah yang mendalam. Antara puisi terkenal Mira ialah "Paayoji maine Ram Ratan dhan paayo" (पायो जी मैंने राम रतन धन पायो।, "Aku telah diberkati dengan restu kekayaan Rama". Puisi-puisi Mira adalah dalam bahasa Rajasthani.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Ānḍāḷ

Vaishnavisme

Sri Sarada Devi