Mira Lesmana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mira Lesmana
Kelahiran
Mira Lesmanawati

(1964-08-08) 8 Ogos 1964 (umur 59)
Pusat pendidikanInstitut Kesenian Jakarta
PekerjaanPenerbit, pengarah filem, penulis lagu
Tahun aktif1995—kini
Karya terkenal
PasanganMathias Muchus
Anak-anakGalih Galinggis
Kafka Keandre
Ibu bapaJeck Lesmana (bapa)
Nien Lesmana (ibu)
SaudaraIndra Lesmana (adik)

Mira Lesmanawati atau dikenali sebagai Mira Lesmana (lahir 8 Ogos 1964) ialah seorang penerbit filem, pengarah, dan penulis lagu yang berasal dari Indonesia.

Beliau merupakan anak kepada tokoh jazz Indonesia, Jeck Lesmana dan dan penyanyi senior Indonesia berdarah Minangkabau pada tahun 60-an Nien Lesmana dan kakak kepada Indra Lesmana. Mira mula menulis lagu pada usia 16 tahun, yang membantu menguruskan biasiswa adiknya untuk sambung belajar di Australia. Beliau mula menunjukkan minatnya terhadap filem semasa berada di Australia bersama keluarganya. Selepas pulang ke Indonesia sebaik sahaja menamatkan pelajaran di Institut Seni Jakarta, beliau mencipta hasil karya filem pertama, sebuah pesanan khidmat masyarakat. Selepas tempoh penulisan lagu pada 1990an, dan juga mengarahkan siri dokumentari pada 1996, pada 1999, beliau membuat kemunculan filem cetera sulung sebagai pengarah bersama untuk filem Kuldesak. Sejak itu, beliau telah menghasilkan beberapa filem kritikal dan komersial yang berjaya, termasuk Petualangan Sherina (2000), Ada Apa Dengan Cinta? (2002), Gie (2005), dan Laskar Pelangi (2008). Banyak hasil kerja beliau telah bekerjasama dengan pengarah Riri Riza yang turut bersama menguruskan syarikat penerbitan filem miliknya, Miles Films.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mira dilahirkan di Jakarta pada 8 Ogos 1964 kepada pasangan Jack Lesmana dan Nien.[2][3] Adik lelakinya ialah pemuzik Indra Lesmana.[4] Pada usia 5 tahun, Lesmana memasuki tadika Sekolah Islam Cikini Islamic; persekolahan rendah dan menengahnya telah dikendalikan di institusi sama.[3][5] Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau ingin menjadi samada ahli sains atau detektif,[6] dan sering berada di atas kelasnya.[3] Mira kemudiannya teringat menonton filem George Lucas' Star Wars Episode IV: A New Hope (1977) yang "meledakkan tangan dan kakinya" dan telah mengilhamkan beliau untuk melangkah ke pembikinan filem.[6]

Pada usia 16 tahun, Mira menulis lagu pertamanya, di mana adiknya Indra pernah menerima biasiswa di sebuah sekolah muzik di Australia. Ketika Indra di usia remaja, keluarga itu berpindah ke Australia bersamanya pada 1979. Lesmana menyambung pelajarannya di sana; biarpun beliau sebelum ini mempelajari bahasa Inggeris di Indonesia, mengalami kesukaran terhadap loghat Australia.[7] Beliau juga mula kerap menonton filem. Selepas tahun kedua pelajarannya di Australia, beliau ditukarkan dari sekolah awam ke Australian International Independence School. Selepas Mira menerima graduan, keluarga Lesmana pulang ke Indonesia.[8] Mira Lesmana mula belajar di Institut Seni Jakarta Art pada 1983, menamatkan pelajarannya pada 1985.[1] Pengalaman pertamanya ialah bersama pengarahan filem ialah pesanan khidmat awam yang diterbitkan atas permintaan Garin Nugroho.[9]

Pada 14 Februari 1990, Lesmana berkahwin dengan bekas idola remaja, pelakon Mathias Muchus;[10] sehingga 2008 pasangan ini mempunyai 3 anak.[2] Sepanjang awal 1990an Lesmana terus menulis lagu, termasuk untuk adiknya[4] dan satu untuk album Chrisye, Sendiri Lagi (1993).[11] Pada 1995, beliau menubuhkan syarikat penerbitan filem, Miles Productions.[1] Pada 1996 beliau mengarahkan sebuah siri dokumentari paling berjaya bertajuk Anak Seribu Pulau.[9]

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Mira Lesmana pada 2007.

Pada tahun 1999, Mira menerbitkan filem cetera sulung beliau bertajuk Kuldesak, yang diarahkan bersama oleh Riza Mantovani, Riri Riza dan Nan Triveni.[9] Pada tahun berikutnya, beliau menerbitkan Petualangan Sherina yang dibintagi oleh Sherina Munaf.[2] Pada masa itu, industri filem Indonesia begitu merosot, dan beberapa pembikin filem mempersendakan usaha, dengan mengatakan bahawa filem tidak boleh menguntungkan; kedua-dua mereka bagaimanapun berjaya.[6] Pada tahun 2002, Lesmana melacarkan filem Ada Apa Dengan Cinta? lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra, berkhidmat sebagai penerbit bersama dengan Riza.[1] Iwan Setiawan, menulis di The Jakarta Post, menggambarkan filem ini sebagai mempunyai asas pemulihan dalam industri.[2]

Lesmana menerbitkan Gie, sebuah biopik mengenai altivis Soe Hok Gie, pada 2005. Biarpun ia merupakan kejayaan komersial, ia tidak membawa apapun.[9] Pada tahun berikutnya, Lesmana merupakan ahli pengasas Indone Masyarakat Film Indonesia, yang berfungsi untuk mengubah undang-undang penapisan filem di Indonesia.[2] Petisyen kumpulan ini secara mutlaknya tidak berjaya.[9] Juga pada 2006 beliau menerbitkan filem Garasi, sebuah filem lakonan Aries Budiman, Ayu Ratna, dan Fedi Nuril. Tiga pelakon tersebut telah disatukan semula bagi mewujudkan kumpulan Garasi pada 2007, yang mana merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak di bawah syarikat rakaman baru Lesmana, Miles Music. Pada tahun itu juga beliau menerbitkan 3 Hari Untuk Selamanya; runut bunyi filem ini diterbitkan oleh Float, satu lagi artis di bawah Miles Music.[12]

Pada 2008 Lesmana menerbitkan filem Laskar Pelangi, adaptasi novel judul sama karya Andrea Hirata pada 2007.[4] Pada tahun yang sama, beliau terus menekan untuk undang-undang filem baru, yang berakhir dengan kerajaan meluluskan undang-undang bari pada 2009.[9] Pada tahun berikutnya, beliau menerbitlan Sang Pemimpi, kesinambungan kepada Laskar Pelangi berdasarkan daripada novel dengan tajuk sama.[13] Pada 2010 Lesmana menulis 20 lagu untuk pementasan muzikal adaptasi Laskar Pelangi, sebuah projek yang turut melibatkan Erwin Gutawa, Jay Subiyakto, dan Hartandi.[4]

Atambua 39° Celsius, sebuah filem mengenai pelarian yang tinggal di Atambua, menjalani penggambaran pada 2012.[14] Tayangan perdana filem tersebut diadakan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo.[15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Penerbit[sunting | sunting sumber]

Mira Lesmana (kanan) bersama Riri Riza pada 2013

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi
  • Emond, Bruce (20 November 2008). "Mira Lesmana: 'I wish I could get people to be more tolerant and accepting'". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "Mira creates 20 songs for 'Laskar Pelangi' musical". The Jakarta Post. 3 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "Mira follows in family tradition". The Jakarta Post. 9 Julai 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "Mira Lesmana". Miles Productions. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-07. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  • "Mira Lesmana (Bagian 1)". Femina. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2012. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "Mira Lesmana (Bagian 2)". Femina. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2012. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "Mira Lesmana (Bagian 3)". Femina. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2012. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "Mira Lesmana (Bagian 4)". Femina. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2012. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "Mira Lesmana (Bagian 6)". Femina. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2012. Dicapai pada 2012-05-07.
  • Sendiri Lagi. Chrisye. Musica Studios. 1993.CS1 maint: others (link)
  • Setiawan, Iwan (17 Februari 2008). "Mira Lesmana: Living in the movies". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-07.
  • Siregar, Lisa (7 Januari 2011). "Mira Lesmana: The Fighter for Indonesian Film". The Jakarta Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "'The Dreamer' brings Andrea to tears". The Jakarta Post. 16 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-07.
  • "'Atambua 39 Derajat Celsius' tayang perdana di Tokyo". ANTARA News. 22 September 2012. Dicapai pada 2012-10-01.
  • Siregar, Lisa (9 Ogos 2012). "Ordinary People the Stars of New Film Set in NTT Village". The Jakarta Globe. Dicapai pada 2012-10-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]